March 31st, 2008 by Maliki
Assalamualaikum! Hi!
Hari Jumaat yang lepas (28/Mac/2008), saya sempat membeli sebuah buku yang dijual di gerai yang dibuka dipersekitaran masjid Seberang Jaya selepas menunaikan solat Jumaat. Tajuknya agak panjang iaitu “HUTANG, Seronok Yang Membawa Bencana. Pengurusan Hutang Piutang Dalam Islam”. Buku ini disusun oleh Adil Akhyar, terbitan Pustaka Azhar dan harganya ialah RM10.00.
Apa yang menarik dalam buku ini ialah penekanan menguruskan hutang mengikut Islam terutamanya kewajipan melunaskan hutang-piutang kita. Penyusun banyak memetik Hadis dan ayat-ayat Al-Quran berkaitan hutang-piutang ini untuk merumuskan secara jelas dan tepat bagaimana menguruskan hutang. Baca keseluruhan post ini »
March 27th, 2008 by Maliki
Industri kewangan Islam di Malaysia menapak selangkah lagi apabila semalam, Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan penubuhan Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa dalam Kewangan Islam (ISRA). Akademi ini bertujuan untuk menggalakkan aktiviti penyelidikan industri tersebut.
Berikut adalah petikan daripada Utusan Malaysia.
KUALA LUMPUR 26 Mac – Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan penubuhan Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa dalam Kewangan Islam (ISRA) bagi menggalakkan aktiviti penyelidikan dalam bidang tersebut.BNM dalam satu kenyataan berkata, ISRA juga akan berperanan sebagai pusat pengumpulan fatwa dan menjalankan kajian berhubung isu-isu kontemporari dalam industri kewangan Islam.
Kata kenyataan itu, ISRA akan menyumbang ke arah memperkasakan pembangunan modal insan dalam bidang syariah dan menyediakan platform bagi kerjasama erat antara pengamal industri, cendekiawan syariah, pengawal selia dan ahli akademik melalui penyelidik dan dialog.
“ISRA berhasrat untuk menggalakkan inovasi dan kedinamikan dalam bidang baru kewangan Islam menerusi penyelidikan perintis dan dialog intelektual yang giat.
“Usaha berterusan ini diharap mengembangkan persefahaman dan pengiktirafan bersama dalam komuniti global industri kewangan Islam,” kata kenyataan BNM di sini, hari ini.
ISRA akan menjadi sebahagian daripada Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (INCEIF) dan bakal diterajui oleh Pengarah Eksekutifnya, Dr. Mohamad Akram.
March 4th, 2008 by Maliki
Assalamualaikum ! Hi!
Setelah lama cari2 kat kedai buku… akhirnya hari Ahad 2/Mac/2008 lepas, saya berjaya membeli buku karangan Ustaz Zaharuddin Abd Rahman bertajuk “Wang, Anda dan Islam”. Penerbit buku ni ialah True Wealth Sdn. Bhd. Sesiapa yang pernah membaca buku2 Azizi Ali, mesti kenal publisher ni.
Apa istimewanya buku ni? Pada anda yang tahu pasal Ustaz Zaharuddin dan kewangan Islam, tak perlu diperkenal lagi lah ye… Beliau ialah ahli dalam bidang fikh al-Muamalah khususnya berkaitan perbankan dan kewangan Syariah. Kini bertugas sebagai pensyarah UIA di Kuliyyah Ekonomi dan Sains Pengurusan. Beliau juga adalah Penasihat Syariah Luaran RHB Islamic Bank Berhad, C&S Investment Ltd, British Virgin Island. Ustaz Zaharuddin memegang Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dari UM dan Sarjana bidang Fiqh dan Usul Fiqh dari Universiti Al-Yarmouk, Jordan. Baca keseluruhan post ini »