November 5th, 2009 by Maliki
Anak syarikat milik penuh Public Bank Bhd., Public Mutual Bhd. memenangi anugerah pengurus dana Islam terkemuka untuk tiga tahun berturut-turut pada majlis makan malam dan anugerah Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur (KLIFF). Anugerah kali keenam tersebut disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop. Ketua Pegawai Eksekutif Public Mutual, Yeoh Kim Hong menerima anugerah berkenaan yang diadakan di sini semalam.
Kim Hong bangga Public Mutual sekali lagi mendapat pengiktirafan yang berprestij itu. Katanya, anugerah ini merupakan anugerah ke-138 yang dimenangi oleh Public Mutual sejak tahun 1999. “Memenangi anugerah yang disanjung ramai ini membuktikan komitmen Public Mutual yang berterusan dalam memberi nilai yang tinggi serta memenuhi keperluan yang pelbagai untuk pemegang-pemegang unit kami,” katanya. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pemegang-pemegang unit atas sokongan dan keyakinan mereka yang berterusan terhadap Public Mutual.
Public Mutual merupakan pemimpin dalam sektor dana unit amanah Islam swasta di Malaysia. Pada 30 September 2009, syarikat tersebut menguruskan 24 dana Islam dengan jumlah aset Islam di bawah pengurusan syarikat sebanyak RM13.2 bilion. Ini merupakan 58.3 peratus bahagian pasaran sektor dana unit amanah Islam swasta.
Public Mutual juga merupakan syarikat saham amanah swasta terbesar di Malaysia, mengurus sebanyak 71 dana. Syarikat tersebut mempunyai lebih dua juta pemegang akaun yang diberi khidmat oleh 40,000 perunding saham amanah. Pada 30 September 2009, jumlah nilai aset bersih dana yang diuruskan oleh syarikat tersebut adalah sebanyak RM33.8 bilion.
August 3rd, 2009 by Maliki
AS 1Malaysia dilancarkan dengan rasminya oleh Perdana Menteri pada 31 Julai 2009. Walaubagaimanapun unit hanya akan mula dijual pada 5 Ogos 2009 ini. Berikut adalah maklumat ringkas AS 1Malaysia.
Nama Tabung : AMANAH SAHAM 1MALAYSIA (AS 1MALAYSIA)
Jenis : Pendapatan
Kategori : Ekuiti
Tarikh Pelancaran : 5 Ogos, 2009
Tempoh Tawaran : 30 hari
Objektif : Objektif pelaburan AS 1Malaysia adalah untuk mendapatkan peluang pelaburan yang menjana pendapatan yang konsisten dan berterusan di samping mengekalkan modal pelaburan para pemegang unit di dalam tempoh jangka panjang melalui portfolio pelaburan yang dipelbagaikan.
Pelabur Sasaran :
- Pelabur jangka masa sederhana dan jangka masa panjang.
- Pelabur yang memahami pulangan dan risiko.
- Pelabur yang ingin mendapatkan pulangan dari pengagihan pendapatan, sekiranya ada.
Kelayakan :
- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
- Lain-lain seperti yang dinyatakan di dalam Surat Ikatan.
Pengurus Pelaburan : Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) – anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB).
MAKLUMAT URUSNIAGA
Harga Seunit : RM 1.00
Bentuk Pelaburan : Buku Pelaburan
Pelaburan Permulaan Minimum : Buku Pelaburan – 100 unit
Pelaburan Tambahan Minimum : Buku Pelaburan – 1 unit
Pelaburan Maksimum : Tiada had pelaburan maksimum dikenakan kepada pelabur AS 1Malaysia. Walaubagaimanapun, di dalam tempoh tawaran permulaan, had pelaburan maksimum sebanyak 50,000 unit akan dikenakan bagi setiap pelabur yang berumur 55 tahun dan ke bawah manakala pelabur yang berumur melebihi 55 tahun akan dikenakan had pelaburan maksimum sebanyak 100,000 unit. Pengurus juga mempunyai budibicara untuk mengenakan sebarang had pelaburan maksimum pada sebarang tempoh yang lain.
Saiz Tabung : 10.0 bilion unit
Caj Jualan : Tiada. Walaubagaimanapun, Pengurus mempunyai budibicara untuk mengenakan caj jualan sehingga 1% daripada nilai pelaburan selepas tempoh tersebut.
Caj Jualan Balik : Tiada
Pembayaran Jualan Balik : Serta-merta
Tempoh Bertenang : Tiada
Tahun Kewangan Berakhir : 30 September
Untuk maklumat lanjut berkaitan AS 1Malaysia ini, boleh lah download prospectus di ASNB.
July 13th, 2009 by Maliki

Amanah Saham Satu Malaysia
Sempena 100 hari pertama beliau menyandang jawatan Perdana Menteri yang keenam, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak telah mengumumkan penubuhan Amanah Saham Satu Malaysia (AS 1Malaysia) dengan saiz dana sebesar 10 bilion unit. Ia antara 11 pengumuman penting – yang mengambil kira kepentingan dan kebajikan rakyat pelbagai lapisan – dibuat oleh Perdana Menteri di ibu negara pagi 11/Julai/2009 pada majlis “100 Hari Najib Bersama Rakyat”.
“Selaras dengan usaha kerajaan untuk menggalakkan rakyat Malaysia untuk melabur, kerajaan telah bersetuju bagi PNB (Permodalan Nasional Berhad) untuk menubuhkan satu lagi tabung unit amanah baru iaitu Amanah Saham 1Malaysia. “Tabung unit amanah baru yang akan dilancarkan tidak lama lagi ini akan dibuka kepada rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan akan mempunyai saiz sehingga 10 bilion unit tertakluk kepada permintaan semasa,” kata beliau yang juga Menteri Kewangan.
Jelas beliau, penubuhan tabung unit amanah baru itu sesuai selaras dengan jangkaan pemulihan ekonomi dalam tempoh separuh tahun kedua tahun ini. “Tabung ini dijangka akan memberi peluang pelaburan kepada pelabur untuk menikmati pulangan pendapatan yang berpatutan dalam tempoh jangka panjang,” katanya. Penubuhan itu merupakan langkah tambahan kepada dana amanah saham sedia ada.
June 30th, 2009 by Maliki

ASN2
Permodalan Nasional Bhd. (PNB) mengumumkan pengagihan pendapatan 5.20 sen seunit untuk Amanah Saham Nasional 2 (ASN2) bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2009.
Amanah Saham Nasional 2 (ASN2) adalah unit trust jenis pertumbuhan dalam kategori ekuiti. Ianya diuruskan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan dilancarkan pada 9 Jun 1999.
Objektif pelaburan ialah memberi peluang kepada pemegang-pemegang unit untuk mendapat pulangan dalam bentuk pengagihan pendapatan dan pulangan modal pada tahap risiko yang berpatutan melalui pelaburan dalam kepelbagaian portfolio sekuriti, terutamanya dalam ekuiti sekuriti Malaysia selaras dengan Suratikatan, Garis Panduan dan undang-undang sekuriti.
** Tabung ini bukanlah termasuk tabung syariah **
Info tentang ASN2 boleh dilihat di www.asnb.com.my
May 7th, 2009 by Maliki
Public Mutual, anak syarikat milik penuh Public Bank telah mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 1.25 sen seunit untuk Public Islamic Dividend Fund (PIDF) dan 0.25 sen seunit bagi Public Islamic Asia Dividend Fund (PIADF) bagi tahun kewangan berakhir pada 30 April 2009.
Pengerusi Public Mutual, Tan Sri Dr. Teh Hong Piow dalam kenyataannya berkata, beliau gembira kerana syarikat itu mampu membuat pengagihan itu di sebalik keadaan pasaran yang mencabar.
PIDF yang dilancarkan pada 2006 adalah dana dividen syariah pasaran tempatan yang turut dibuka kepada skim pelaburan ahli KWSP. Manakala PIADF yang dilancarkan pada 2007 ialah dana dividen syariah pasaran serantau dan melaburkan di negara terpilih antaranya Korea Selatan, China, Taiwan, Hong Kong, Filipina, Indonesia, Singapura, Thailand, Australia dan New Zealand.
Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta terbesar Malaysia itu mengurus sebanyak 68 dana. Setakat 31 Mac 2009, jumlah NAV keseluruhan dana-dana yang diuruskan syarikat itu bernilai RM24.2 bilion.
May 5th, 2009 by Maliki
Semalam, 4 Mei 2009, pasaran saham tempatan kembali melepasi paras 1000 mata iaitu 1009.36 mata ketika ditutup. So, jika anda melabur dalam unit trust yang agresif 3~4 bulan yang lepas seperti dalam fund Public Mutual, Public Islamic Opportunities Fund (PIOF), anda akan dapat menikmati kenaikan harga yang agak baik.
Sebagai contoh, saya sendiri telah melabur dalam PIOF pada 22 Januari yang lalu (lihat post 16 Mac lepas bertajuk “Pengiraan Sales Charge Unit Trust”). Bilangan unit yang saya dapat setelah melabur RM1,000.00 ketika itu ialah 4,326.19 dan harga PIOF hari ini ialah RM0.2561. So, nilai fund PIOF saya sekarang sudah jadi (4,326.19 x RM0.2561) = RM1107.94. Wow! ini dah kira keuntungan lebih 10%. Inilah salah satu pulangan unit trust yang diperkatakan, iaitu peningkatan harga unit.
Contoh ini hanyalah untuk menunjukkan bagaimana kita memperolehi keuntungan dari pelaburan unit trust. Tidak bermakna saya advise anda melabur dalam PIOF. Pemilihan melabur dalam mana2 fund unit trust adalah atas kesesuaian dan penilaian anda sendiri.
Berikut adalah keratan akhbar mengenai kenaikan pasaran saham tempatan semalam. Baca keseluruhan post ini »
February 4th, 2009 by Maliki

Public Mutual telah mengisytihar pengagihan pendapatan untuk 4 fund yang tahun kewangannya berakhir 31 Januari 2009. 3 fund konvensional & 1 fund Syariah.
1) Public Index Fund (PIX) : 5.00 sen seunit.
2) Public Islamic Optimal Growth Fund (PIOGF) : 0.30 sen seunit.
3) Public Enhanced Bond Fund (PEBF) : 2.00 sen seunit.
4) Public Money Market Fund (PMMF) : 3.00 sen seunit.
Pengerusi Public Mutual, Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow berkata ketika mengulas pengisytiharan tersebut, Public Mutual gembira masih mampu mengisytiharkan pengagihan walaupun keadaan pasaran yang mencabar ketika ini.
June 20th, 2008 by Maliki
Selepas mengalami kejatuhan harga selepas pilihanraya umum lalu, pasaran saham Malaysia sekali lagi sedikit goyang oleh kesan politik. Bagi anda yang mengikuti senario semasa politik Malaysia pasti tahu mengenai berita Parti Maju Sabah (SAPP) mengumumkan mereka hilang keyakinan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan akan mengemukakan usul berkenaan ke Parlimen Isnin ini. Akibatnya harga saham di Bursa Malaysia ditutup rendah semalam (19/Jun/2008). Dan ianya dijangka terus mengalami penurunan minggu depan kerana para pelabur bimbang dengan ketidakstabilan senario politik semasa ini.
Selain kemelut politik dalam negara, keadaan diburuk lagi dengan kejatuhan beberapa pasaran saham serantau berikutan harga minyak mentah dunia yang kekal tinggi dan kebimbangan terhadap kenaikan kadar inflasi dalam ekonomi negara utama dunia. Baca keseluruhan post ini »
May 9th, 2008 by Maliki
Public Mutual telah mengisytihar pengagihan pendapatan untuk 3 fund yang tahun kewangannya berakhir 30 April 2008. Fund-fund tersebut ialah :-
1) Public Islamic Dividend Fund (PIDF) – pengagihan sebanyak 2.00 sen seunit.
2) Public Islamic Asia Dividend Fund (PIADF) – pengagihan sebanyak 0.40 sen seunit.
3) Public Far-East Balanced Fund (PFEBF) – pengagihan sebanyak 1.75 sen seunit.
Public Islamic Dividend Fund (PIDF) & Public Islamic Asia Dividen Fund (PIADF) ialah Islamic equity fund yang matlamat pelaburannya ialah untuk menyediakan pendapatan dengan melabur di portfolio yang terdiri daripada pelbagai saham patuh Syariah yang menawarkan hasil dividen yang menarik. Manakala pertumbuhan modal (capital growth) adalah matlamat kedua. Bezanya cuma PIDF melabur dalam pasaran tempatan, manakala PIADF turut melabur dalam pasaran serantau.
Public Far-East Balanced Fund (PFEBF) pula ialah balance fund yang bermatlamat untuk menyediakan pendapatan dan pertumbuhan modal dengan melabur di pasaran regional. Fund ini bukan Islamic fund.
April 3rd, 2008 by Maliki
Suruhanjaya Sekuriti (SC) optimistik terhadap pertumbuhan positif dalam pasaran modal tahun ini kerana memiliki faktor asas yang kukuh dan persekitaran garis panduan dan peraturan yang ketat. Pengerusi SC, Datuk Zarinah Anwar berkata, saiz pasaran modal negara tumbuh sebanyak 24 peratus kepada RM1.6 trilion pada tahun 2007 berbanding RM1.3 trilion pada tahun sebelumnya. Pasaran modal Islam pula tumbuh sebanyak 29 peratus kepada RM875 bilion pada tahun 2007 berbanding RM676 bilion tahun sebelumnya.
‘‘Kami yakin pasaran modal tempatan pada tahun ini akan mencatat pertumbuhan yang positif walaupun ia bergantung kepada pelbagai faktor ketidaktentuan ekonomi global,’’ katanya semasa mengumumkan Laporan Tahunan SC 2007 di Kuala Lumpur pada 31 Mac 2008. Baca keseluruhan post ini »