Bilakah Waktu yang Terbaik Membeli Unit Amanah?

Dalam unit amanah, sebenarnya tiada garis-panduan yang tetap dan tepat mengenai waktu yang terbaik untuk membeli unit (samada membeli untuk tabung/fund baru atau membeli untuk menambah unit yang sedia ada). Ini kerana harga unit sentiasa naik-turun (fluctuates) mengikut keadaan ekonomi semasa, pasaran saham dan perubahan dalam nilai unit tabung itu sendiri.

Untuk memudahkan penjelasan, sila lihat graf berikut.

Waktu Membeli Unit Amanah

Waktu Membeli Unit Amanah

Membeli Ketika Harga Stabil.

Membeli unit ketika harga unit tidak berubah (atau hanya perubahan kecil) dari point A ke point B memberikan pelabur rasa tenang dengan kestabilan harga unit. Namun begitu, untuk jangka masa pendek, pelabur hanya menikmati sedikit saja keuntungan dari segi kenaikan modal jika ingin menjual balik unit-unit yang telah dibeli. Baca keseluruhan post ini »

Pengiraan Sales Charge Unit Trust

Ramai pelabur unit trust dan UTC sendiri agak keliru dengan pengiraan Sales Charge ataupun sesetengahnya panggil Service Charge. Setiap kali datang statement, mesti beberapa angka dalam statement tu tak dapat dikira dengan tepat. Statement salah print ker? Atau bagaimana pengiraan yang sebenar?

So, untuk memahami pengiraan sebenar Sales Charge pelaburan unit trust anda, saya tunjukkan contoh dari actual statement dari pelaburan yang saya buat dalam dana PIOF, Public Mutual baru-baru ini. Ini ialah gambar statement tersebut. (click gambar untuk enlarge)

Statement

Saya hanya bayar RM1000.00 untuk first time invest dalam dana tersebut.

Kebiasaannya, pelabur dan UTC sendiri akan kira begini,
Total Sales Charge = Bayaran X Sales Charge (%)
= RM1000.00 X 5.5%
= RM55.00

Jadi, Amount Invested = RM1000.00 – RM55.00
= RM945.00

Total Units (Jumlah unit yang dapat) = Amount Invested / NAV
= RM945.00 / RM0.2191
= 4313.099 unit

Ataupun kiraan yang dipermudahkan,
Total Units = (RM1000.00 – 5.5%) / RM0.2191
= 4313.099 unit

Sebenarnya ini adalah kiraan yang salah. Buktinya, nilai dari pengiraan diatas tak sama dengan nilai dalam statement tadi. Di statement tu tulis Sales Charge RM52.13, so kalau kira dengan cara diatas, sales charge tak sampai 5.5% lah kan (RM52.13/RM1000.00 X 100% = 5.213% saja).

Mengapa jadi begini? Saya pernah bertanya pada UTC lain, jawapan mereka ialah “dalam prospektus tu ada tulis charge SEHINGGA 5.5%, jadi Public Mutual bagi discount lah.. charge kurang dari 5.5%”. Hmmm… memang betul dalam prospektus ada tulis perkataan SEHINGGA tu tapi, dalam statement tak ada. Statement mestilah tepat dan telus… ini undang-undang. So, bagaimana kiraan yang betul? Baca keseluruhan post ini »

Compound Interest – Senjata Jutawan

Kali ini saya ingin memaparkan sebuah newslater yang saya subscribe dari jutawan muda Malaysia, saudara Irfan Khairi. Beliau menceritakan tentang kehebatan “compound interest” apabila kita menyimpan. Compound Interest adalah alat yang paling utama yang memberi kekayaan kepada orang-orang kaya di dunia. Kunci utama ialah, mulakan menyimpan seawal yang boleh walaupun sedikit dan displin menyimpan dengan konsisten.
Apa yang menarik disini ialah dimana kita memilih tempat utuk menyimpan supaya simpanan kita memberi pulangan yang tinggi, seterusnya kehebatan compound interest ini akan lebih teserlah lagi. Beliau ada menyebut tentang tempat menyimpan yang dapat memberi pulangan 12% setahun ialah, tak lain tak bukan – mutual fund ataupun unit trust.
“Kini di Malaysia, pulangan 12% adalah agak biasa sekiranya anda research syarikat-syarikat Mutual funds”.
Sila baca newslater tersebut untuk mengetahui kehebatan compound interest.

==================================
Compound interest- senjata jutawan
==================================

Daripada : Irfan Khairi
Sering saya ditanya “Apakah rahsia untuk menjadi kaya?”. Apa satu perkara yang boleh kita lakukan untuk memastikan kita menjadi jutawan?

Maliki, jawapannya amat mudah- infact, ianya bukan lagi rahsia oleh kerana didalam apa jua buku kewangan peribadi di dunia, sudah pasti terdapat satu bab menceritakan cara ini. cara yang 100% sekiranya digunakan akan menjadikan kita jutawan. Ya, anda juga boleh menjadi jutawan sekiranya mengikut cara ini. Tidak kira latar belakang pendidikan kita, tidak kira tahap intelegent kita, tidak kira apa kepakaran kita, terdapat satu cara yang akan memastikan seseorang itu menjadi jutawan. Namun, tidak ramai yang benar-benar mengambil kesempatan ini.

Caranya bukanlah cara cepat kaya… tetapi, cara pasti kaya. Hendak tahu apakah caranya? Izinkan saya jelaskan dengan satu gambaran…

Bayangkan seorang bayi apabila dilahirkan, pada setiap hari, ibunya meletakkan RM1.00 ke dalam tabung untuk bayi tersebut. Sehari satu ringgit. Sebulan jumlah nya menjadi RM30. Setahun, jumlahnya menjadi RM365. Teruskan simpanan kedalam tabung bayi tersebut dan ketika bayi itu berumur 40 tahun, jumlah yang terkandung didalam tabung tersebut adalah RM14,600.

Wang yang disimpan tidak berkembang. Mungkin tabung yang digunakan perlu upgrade menjadi tabung yang lebih besar. Tetapi, let’s face it… RM14,600 dari simpanan selama 40 tahun bukanlah jumlah yang besar.

Sekarang, bayangkan sekiranya wang tersebut di simpan di dalam unit simpanan yang memberi pulangan interest sebanyak 12% setahun dan RM1 di simpan setiap hari sejak dilahirkan. Wang yang sepatutnya hanya RM14,600, kini menjadi RM352,943.18 selepas 40 tahun.

RM352,943.18 ??? Dari mana datangnya lagi RM338,343?
Baca keseluruhan post ini »

Tips Bertanya Sebelum Melabur Dalam Unit Trust.

Sebelum kita menyertai atau invest dalam sesuatu unit trust fund, kita hendaklah bertanya beberapa soalan berkaitan fund tersebut kepada ejen unit trust (unit trust consultant). Tanyalah kepada ejen sebanyak yang mungkin supaya kita benar2 faham dan dapat mengoptimumkan manfaat pelaburan unit trust yang bakal kita buat. Ini juga dapat mengelakkan kita daripada melabur dalam produk unit trust yang tidak bersesuaian tetapi dipromosikan berlebih-lebihan oleh ejen kerana dia mendapat komisen yang tinggi daripada penjualannya.

Namun begitu, ramai dari kita tak tahu soalan apakah yang patut kita tanya pada ejen tersebut. Biasanya ejen je yang banyak bercakapnya… kita just dengar dan tanya soalan2 basic macam “Berapa jumlah minimum nak invest?” atau “Berapa banyak dan bila fund tersebut bayar dividen?” ataupun “Fund ni konvensional ke Islamic fund?”… mmm, saya tak bermaksud kita tak perlu tahu perkara2 tersebut, tapi banyak lagi perkara yang perlu kita tanya dan minta penjelasan dari ejen. Jawapan yang kita peroleh daripada ejen ini boleh membantu kita menentukan sama ada fund unit trust yang ditawarkan itu bersesuaian dengan matlamat dan objektif pelaburan kita ataupun tidak.

Di sini saya senaraikan beberapa contoh soalan cadangan yang boleh kita tanya pada ejen unit trust.. juga saya sertakan tips berkaitan soalan2 tersebut. Baca keseluruhan post ini »

Langkah-Langkah Mudah Memulakan Pelaburan Unit Trust Melalui Pengeluaran Ahli KWSP (EPF).

KWSPNampaknya kita kena stop dulu cerita kelebihan2 skim unit trust sebab mulai hari ini, 1 Februari 2008, KWSP (EPF) dah start melaksanakan struktur baru pengeluaran pelaburan untuk ahli2 nya. So, ramailah yang bertanya apa bezanya dengan sistem sebelum ni… bezanya, KWSP perkenalkan “Simpanan Asas” dari akaun 1 mengikut umur ahli. Sila download dan baca panduan KWSP (click untuk download) ini (PDF format). Kat dalam tu ada ceritanya, tak payahlah saya nak ulang cerita lagi. Senang cerita, semakin ramai pencarum KWSP dah boleh buat pengeluran dari akaun 1 untuk buat pelaburan.

OK… kalau dah baca panduan tu dan layak buat pengeluaran, bagus tu.. buat apa nak tinggalkan duit anda kat KWSP kalau return setakat 4~5% setahun je. Tunggu apa lagi.. Marilah invest dalam skim unit trust yang returnnya lebih 20% setahun.. So, kat sini saya nak bagitau macam mana procedure nak buat pengeluaran tu..senang saja…

1) Pastikan anda telah faham serba sedikit tentang pelaburan unit trust. Antaranya konsep pelaburan, objektif fund yang nak dilaburkan dan profil pelaburan anda. Macam mana nak dapatkan info-info ini? Jangan risau, anda boleh berbincang dengan ejen-ejen berdaftar yang berurusan dengan unit trust, dan pastikan mereka menerangkan perkara-perkara tersebut dengan jelas kepada anda.

2) Dapatkan nombor akaun KWSP anda. Pergi ke KWSP dan check berapa jumlah simpanan anda dalam akaun 1. Senang saja, masukkan IC anda dalam kiosk yang disediakan, selepas pengesahan cap jari, anda boleh check dan print-out status akaun anda serta merta. Kalau ada internet dan anda telah mendaftar perkhidmatan online KWSP, lagi senang, log-in di http://www.kwsp.gov.my dan anda boleh check status akaun anda.

3) Dah tahu jumlah wang anda, check pula status kelayakan dan pengiraan berapa yang boleh anda keluarkan dari akaun 1 untuk pelaburan. Seperti saya bagitau tadi, check panduan KWSP (click untuk download) tadi. Contoh pengiraan juga disediakan kat situ. Kalau tak faham juga, tanya ejen anda.

4) Setelah anda pastikan kelayakan pengeluaran anda dan jumlah yang boleh dikeluarkan, fotokopi IC anda di atas kertas putih size A4. Muka hadapan dan muka belakang IC anda hendaklah di muka yang sama diatas kertas A4 tersebut. Atasnya front side dan bawahnya back side IC.

5) Langkah seterusnya, jumpa ejen anda dan beliau akan tolong anda isikan borang-borang berkaitan. Anda akan diminta tandatangan dan cap jari (kiri & kanan) ditempat-tempat yang berkenaan. Jangan lupa pula bawa sekali fotokopi IC anda tadi sebab kat situ pun kenan cap jari. Nombor akaun KWSP pun kena ingatlah. Ink cap jari ejen anda akan sedia kan, jangan risau.

6) Dah selesai.. sekarang anda serahkan kepada ejen anda untuk langkah-langkah seterusnya. Setelah pihak KWSP meluluskan permohonan pengeluaran anda dan wang anda diterima oleh pihak pengurusan unit trust yang anda sertai, mereka akan menghantar surat pemberitahuan penerimaan pelaburan anda. Antara lain yang dinyatakan ialah nombor akaun fund yang anda sertai, jumlah wang yang diterima dan jumlah unit yang diperolehi. Dengan ini, anda telah secara rasminya menyetai skim unit trust melalui pengeluaran pelaburan ahli KWSP. Tahniah!

Beberapa tips dan peringatan untuk memudahkan urusan anda.

(a) Pastikan fotokopi IC anda jelas. Boleh dibaca. Tidak overlap antara muka depan dan muka belakang IC anda. Tidak terputus, imej IC anda tidak diletakkan terlalu ketepi kertas A4 hingga terputus imejnya.
(b) Untuk elakkan fotokopi jadi kabur, jangan fotokopi daripada kertas fotokopi IC anda (duplicate copy).
(c) Isi borang dengan ballpen hitam sahaja. Lain color tak boleh.
(d) Cap jari (ibu jari kiri dan kanan) mesti jelas. Kawan saya tanya kalau takde ibu jari camner? Alamak!! saya pun tak boleh jawab lagi… nanti saya refer orang yang lebih layak atau KWSP sendiri..
(e) Sila bulatkan amaun pengeluaran KWSP anda. Contohnya RM2593.80, lebih baik dijadikan RM2590.00 (bulatkan ke amaun yang rendah). Ini akan memudahkan kakitangan KWSP memproses permohonan anda.
(f) Seboleh yang mungkin, jangan tandatangan dan cap jari untuk borang pengeluaran KWSP yang akan datang (dont sign & thumbprint your future EPF form in advance). Biarlah ejen anda buat kerja sikit untuk anda di masa depan.
(g) Kalau belum lagi daftar perkhidmatan online KWSP, dah terlanjur anda pergi ke KWSP tu daftar lah siap2. Nanti 3 bulan akan datang bila anda boleh keluarkan lagi wang KWSP untuk pelaburan, tak payah le nak pergi ke KWSP lagi… check kat online je lah amaun akaun KWSP anda.

OK… hopefully anda dapat faedah dari posting ni… Selamat melabur dalam unit trust.

——— Update ——–

Anda boleh menggunakan kalkulator di web KWSP untuk mendapatkan anggaran jumlah simpanan anda yang boleh dikeluarkan dari simpanan KWSP anda untuk tujuan pelaburan.

—————————–