Semalam, 1 September 2010, Public Mutual telah membuka kembali Public Ittikal Fund untuk pelaburan melalui pengeluran KWSP. Saya sendiri ada pelaburan KWSP dalam Ittikal, yang dibuka 4 tahun lepas sebelum ianya ditutup untuk pelaburan ahli KWSP kerana KWSP menghadkan pengeluaran pelaburan untuk tabung tempatann sahaja.
Kini walaupun Ittikal mempunyai lebih 30% portfolio pelaburan di luar negara, KWSP membenarkan ahlinya untuk melabur dalam tabung ini sejajar dengan hasrat untuk memberikan peluang kepada kepelbagaian antarabangsa dan potensi pertumbuhannya, serta memberi keupayaan pencarum KWSP untuk meningkatkan keuntungan. Sila rujuk post saya yang bertajuk “Pencarum KWSP Boleh Beli Tabung Amanah Luar“.
Gambar berikut ialah pembahagian portfolio Public Ittikal Fund sehingga pada 30 Julai 2010.
Ittikal merupakan “award winning” fund. Jadi ahli KWSP bolehlah merebut peluang mengaut keuntungan dengan melabur dalam fund ini. Selain dari Ittikal, fund-fund Islamic Public Mutual berikut juga dibuka untuk pelaburan ahli KWSP.
- PUBLIC ISLAMIC BALANCED FUND (PIBF)
- PUBLIC ISLAMIC DIVIDEND FUND (PIDF)
- PUBLIC ISLAMIC EQUITY FUND (PIEF)
- PUBLIC ISLAMIC INCOME FUND (PI INCOME)
- PUBLIC ISLAMIC MONEY MARKET FUND (PIMMF)
- PUBLIC ISLAMIC OPTIMAL GROWTH FUND (PIOGF)
- PUBLIC ISLAMIC SECTOR SELECT FUND (PISSF)
- PUBLIC ISLAMIC SELECT ENTERPRISES FUND (PISEF)
- PUBLIC ISLAMIC SELECT TREASURES FUND (PISTF)
Post lain yang berkaitan topik ini :

A’kum..saya memiliki saham amanah P Ittikal dan PIEF. Memandangkan sekarang harga pasaran saham sedang bullish, harga U trust juga meningkat. Utk maklumat, sayamelabur secara berkala iaitu setiap bulan bermula 2005 untuk Ittikal dan 2008 utk PIEF. adakah menguntungkan sekiranya saya menjual saham ketika ini iaitu ketika masih bullish atau terus melabur utk mendapatkan dividen. Kerana sekarang NAV agak baik.
Walaikumsalam. Secara mudahnya… jika purata harga beli saudara lebih rendah dari NAV terkini, jawapan nya YA, saudara akan untung jika jual semula sekarang. Untuk mengetahui detail berapa jumlah pelaburan pokok saudara, berapa purata harga beli saudara dan berapa keuntungan saudara sekarang, sila hubungi ejen saudara… ejen saudara boleh sediakan maklumat2 tersebut. Thanks.
saya nk tnya..kalau kita baru mula nk melabur,macam mane kt nk g kat agent2 unt trust..dn mcm ne kt nk tau agent unt trust kt tu,aktif x? Kalau kt melabur 10000..jika sham rugi,wang 10000,akn susut atau x..nilai paling rendah melabur berape ye?
hi saya ialah agent public mutual dan mungkin saya boleh menolong menjawab soalan yg ditujukan oleh reifa…
merujuk kpd persoalan yg. ditujukan oleh reifa,
1) kalau nak tahu samada agent kekal aktif atau tidak, anda boleh meminta kad nama drpd agent tersebut apabila bertemu utk kali pertama…andai kata telah melabur tapi tak dpt hubungi agent anda, bolehlah menelefon ke customer service utk dapatkan kepastian (tel no : 03-62075000)
2) persoalan yg kedua, ya benar jika nilai NAV susut lebih rendah dr nilai NAV yg anda beli…tetapi amanah saham (unit trust) ialah pelaburan utk jangka masa sederhana ke jangka masa panjang (5-10thn)…apa yg anda boleh buat ialah menambah simpanan secara berkala dgn tetap…ini dinamakan “dollar cost averaging”…anda boleh memulakan pelaburan dgn serendah rm1000/= dan tambahkan secara berkala.
utk pengetahuan lebih lanjut, saya syorkan anda berjumpa dgn agent utk dapatkan penjelasan terperinci.