7 responses to “Prestasi Unit Trust Shariah Public Mutual”

  1. MohdHafizKamal

    As’kum en Maliki.

    Alhamdulillah pasaran sudah semakin pulih skrg kan. Bagi yang sempat dan berani mengambil peluang tahun lepas untuk menambah pelaburan atau memulakan pelaburan pasti sekarang lega kerana meraih keuntungan. Bagi yg ragu2 untuk melabur tahun lepas mungkin merasa menyesal…..

    1. ben

      orang yg bijak dalam melabur adalah orang yg berani melabur ketika saham masih di paras bawah,
      ramai orang yg hanya akan melabur ketika saham dah betul2 naik/stabil.. tetapi waktu ni, pelabur2 yg bijak tadi dah start ambik pulangan dah.. :)

  2. iskandar

    Salam,

    Terus terang saya katakan prestasi kebanyakkan dana-dana PMB agak kurang memberangsangkan berbanding syarikat UTMC yg lain sejak kebelakangan ini.

    Saya merujuk pada majalah personal money, asian islamic finance & beberapa majalah & akhbar the edge.

    Saya pelabur PMB, CIMB & MAAKL. Comparing apple to apple (equity with equity funds), 3-4 thn pelaburan saya menunjukkan dana saya di PMB agak terlalu conservatif walaupun dana yg saya perolehi adalah jenis aggresive.

    To PMB management and investment managers: dimanakah prestasi konsisten anda? Sejak CEO yg baru ini, saya lihat PMB agak kurang aggresif dan konservatif.

    tq

  3. werwe

    great info

  4. amy

    saya telah membeli PCIF semasa launching iaitu 25 sen seunit.setakat yg saya tau,harga PCIF tak pernah naik,malahan sekarang jatuh hingga 18sen seunit.jadi,saya ingin tahu bagaimana tuan nyatakan total return PCIF 41.66%,sedangkan tak pernah dapat untung pun,rugi adalah.TQ

    1. fendi

      saya rasa istilah yang digunakan iaitu total return tu kurang tepat & kurang sesuai untuk mengambar realiti sebenar pelaburan unit amanah kerana tarikh permulaan ilustrasi adalah diketika mana market berada di bottom dan selepas itu market mula pulih sehingga lebih kurang 40%. sesiapa sahaja yang membeli unit trust ketika itu pasti akan membuat keuntungan maka adalah lebih sesuai jika tempoh yang lebih panjang digunakan.

      cik amy, utk pengetahuan cik, pelaburan unit trust adalah satu pelaburan jangkapanjang yang mana jangkamasa sekurang-kurangnya 3 – 5 tahun diperlukan untuk mendapatkan pulangan yang “decent” dan untuk mendapatkan pulangan yang baik memerlukan pelabur menggunakan beberapa teknik pelaburan contohnya “dollar cost averaging” dan “switching”. justeru itu saudari memerlukan seorang perunding unit amanah yang tahu bila untuk menggunakan teknik2 ini dan dengan itu dapat memaksimakan pulangan kepada saudari.

      saudari juga perlu bersabar bila melihat nilai pelaburan saudari berkurangan apabila berlaku kejatuhan pasaran, sebaliknya gunakan teknik2 yang saya nyatakan tadi untuk menjaga nilai pelaburan dan memaksimakan pulangan.

      unit trust merupakan alat pelaburan yang “wonderful” sekiranya diuruskan dengan betul. selain menggunakan teknik melabur yang betul, saudari juga perlu memilih 1. syarikat pengurus dana yang baik, 2. tabung unit amanah yang baik dan yang paling penting adalah 3. perunding yang betul2 berkebolehan.

  5. iskandar

    Kesimpulan,

    agent vs perancang kewangan tauliah. Jauh sekali berbeza. Agent hanya focus pada product yg hendak dijual berbanding perancang kewangan fokus pada keperluan dan kehendak kewangan peserta dengan product yg sesuai.

    pelaburan mesti ada kaitnya dengan risiko. Persoalannya, bagaimana risiko itu di rancang atau dikawal. Untung dan rugi bergantung kepada kawalan risiko pelaburan (speculative risk).

    saya kesal pada sesetengah agent tidak identify kehendak @ keperluan pelanggan. Yang mereka hanya tahu katakan, ‘dana in bagus. rekod lepas bagi 40%, 15%’…Plz STOP mr/ms agent.

    Tingkatkan lah ilmu pengetahun anda. Tak salah jadi jurujual, kalau anda jurujual yg berilmu.

    Saya jumpa mcm2 agent, tetapi agent yg memperolehi CFP @ RFP ini tahu keperluan saya, and they workout my plan with suitable fund.

    So, tq.

Leave a Reply