Assalamualaikum! Hi!
Hari Jumaat yang lepas (28/Mac/2008), saya sempat membeli sebuah buku yang dijual di gerai yang dibuka dipersekitaran masjid Seberang Jaya selepas menunaikan solat Jumaat. Tajuknya agak panjang iaitu “HUTANG, Seronok Yang Membawa Bencana. Pengurusan Hutang Piutang Dalam Islam”. Buku ini disusun oleh Adil Akhyar, terbitan Pustaka Azhar dan harganya ialah RM10.00.
Apa yang menarik dalam buku ini ialah penekanan menguruskan hutang mengikut Islam terutamanya kewajipan melunaskan hutang-piutang kita. Penyusun banyak memetik Hadis dan ayat-ayat Al-Quran berkaitan hutang-piutang ini untuk merumuskan secara jelas dan tepat bagaimana menguruskan hutang.
Buku ini disusun dalam 17 bab seperti berikut.
1. Budaya Berhutang.
2. Menguruskan Hutang Piutang Menurut Al-Quran.
3. Kewajipan Membayar Hutang.
4. Kalimat Hutang Di Dalam Al-Quran.
5. Hutang Dengan Bukan Islam.
6. Berhutang Mengikut Kemampuan.
7. Meringankan Dan Membantu Orang Yang Berhutang.
8. Hukum Pembelian (Hutang) Secara Kredit
9. Fatwa Ulama Mengenai Kad Kredit.
10. Prinsip-Prinsip Syariah Dalam Penerbitan Bon Dan Hutang Secara Islam.
11. Berhutang Secara Riba & Hikmah Pengharamannya.
12. Iktibar Dari Kisah Berhutang 5 Sen.
13. Amanah Dalam Berhutang Dan Bermuamalah.
14. Kegawatan Ekonomi Dan Amalan Berhutang.
15. Kemiskinan Dan Hutang.
16. Hutang Sebagai Musibah Dan Cubaan.
17. Bencana Hutang.
Dalam kehidupan serba materialistik di zaman moden ini, memang sukar untuk kita lari dari berhutang. So, dapatkan dan bacalah buku ini, semoga kita dapat menguruskan hutang-piutang kita menurut jalan yang diredhai oleh Allaw s.w.t.
Sabda Rasulullah s.a.w : “Roh seseorang mukmin itu tergantung yakni dihalang daripada tempat yang mulia dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dijelaskan.” – (HR. At-Tarmizi, Imam Ahmad dan Imam Ibnu Hibban)
Recent Comments