Assalamualaikum ! Hi!
Setelah lama cari2 kat kedai buku… akhirnya hari Ahad 2/Mac/2008 lepas, saya berjaya membeli buku karangan Ustaz Zaharuddin Abd Rahman bertajuk “Wang, Anda dan Islam”. Penerbit buku ni ialah True Wealth Sdn. Bhd. Sesiapa yang pernah membaca buku2 Azizi Ali, mesti kenal publisher ni.
Apa istimewanya buku ni? Pada anda yang tahu pasal Ustaz Zaharuddin dan kewangan Islam, tak perlu diperkenal lagi lah ye… Beliau ialah ahli dalam bidang fikh al-Muamalah khususnya berkaitan perbankan dan kewangan Syariah. Kini bertugas sebagai pensyarah UIA di Kuliyyah Ekonomi dan Sains Pengurusan. Beliau juga adalah Penasihat Syariah Luaran RHB Islamic Bank Berhad, C&S Investment Ltd, British Virgin Island. Ustaz Zaharuddin memegang Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dari UM dan Sarjana bidang Fiqh dan Usul Fiqh dari Universiti Al-Yarmouk, Jordan.
Berbalik pada buku ini… ianya membicarakan tentang halal dan haram dalam kewangan dan perbankan… memberikan perspektif yang benar dan telus mengenai sistem muamalah Islam. Beliau juga mengulas beberapa topik semasa berkaitan kewangan dan pelaburan seperti Swisscash, forex, KWSP etc…
Saya sendiri pun belum habis baca lagi… so, sesiapa yang menginginkan keberkatan dengan mengamalkan kewangan yang berlandaskan hukum syarak, perlu baca buku ni. Saya petik sedikit prakata dari buku ni..
Kesedaran membeli barang bertanda halal sahaja adalah tidak mencukupi. Barangan halal yang dibeli menggunakan duit haram, sama ada hasil riba, pelaburan haram, harta curi, rasuah dan pecah amanah serta lain-lain tetap haram hukumnya daripada perspektif Islam.
Buku ni boleh didapati dikedai-kedai buku utama seperti MPH, Borders etc. Kat web Ustaz Zaharuddin pun dah boleh beli semula (haritu Ustaz stop jap coz abis stok).
Recent Comments