
Amanah Saham Satu Malaysia
Sempena 100 hari pertama beliau menyandang jawatan Perdana Menteri yang keenam, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak telah mengumumkan penubuhan Amanah Saham Satu Malaysia (AS 1Malaysia) dengan saiz dana sebesar 10 bilion unit. Ia antara 11 pengumuman penting – yang mengambil kira kepentingan dan kebajikan rakyat pelbagai lapisan – dibuat oleh Perdana Menteri di ibu negara pagi 11/Julai/2009 pada majlis “100 Hari Najib Bersama Rakyat”.
“Selaras dengan usaha kerajaan untuk menggalakkan rakyat Malaysia untuk melabur, kerajaan telah bersetuju bagi PNB (Permodalan Nasional Berhad) untuk menubuhkan satu lagi tabung unit amanah baru iaitu Amanah Saham 1Malaysia. “Tabung unit amanah baru yang akan dilancarkan tidak lama lagi ini akan dibuka kepada rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan akan mempunyai saiz sehingga 10 bilion unit tertakluk kepada permintaan semasa,” kata beliau yang juga Menteri Kewangan.
Jelas beliau, penubuhan tabung unit amanah baru itu sesuai selaras dengan jangkaan pemulihan ekonomi dalam tempoh separuh tahun kedua tahun ini. “Tabung ini dijangka akan memberi peluang pelaburan kepada pelabur untuk menikmati pulangan pendapatan yang berpatutan dalam tempoh jangka panjang,” katanya. Penubuhan itu merupakan langkah tambahan kepada dana amanah saham sedia ada.
nak tanya kalau pengagihan pendapatan sebanyak 5.20 seunit bg asnb , public mutual cth pitkal pengagihan pendapatan sebanyak 2.30…mana yang lebih menguntungkan?