
Amanah Saham Satu Malaysia
Sempena 100 hari pertama beliau menyandang jawatan Perdana Menteri yang keenam, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak telah mengumumkan penubuhan Amanah Saham Satu Malaysia (AS 1Malaysia) dengan saiz dana sebesar 10 bilion unit. Ia antara 11 pengumuman penting – yang mengambil kira kepentingan dan kebajikan rakyat pelbagai lapisan – dibuat oleh Perdana Menteri di ibu negara pagi 11/Julai/2009 pada majlis “100 Hari Najib Bersama Rakyat”.
“Selaras dengan usaha kerajaan untuk menggalakkan rakyat Malaysia untuk melabur, kerajaan telah bersetuju bagi PNB (Permodalan Nasional Berhad) untuk menubuhkan satu lagi tabung unit amanah baru iaitu Amanah Saham 1Malaysia. “Tabung unit amanah baru yang akan dilancarkan tidak lama lagi ini akan dibuka kepada rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan akan mempunyai saiz sehingga 10 bilion unit tertakluk kepada permintaan semasa,” kata beliau yang juga Menteri Kewangan.
Jelas beliau, penubuhan tabung unit amanah baru itu sesuai selaras dengan jangkaan pemulihan ekonomi dalam tempoh separuh tahun kedua tahun ini. “Tabung ini dijangka akan memberi peluang pelaburan kepada pelabur untuk menikmati pulangan pendapatan yang berpatutan dalam tempoh jangka panjang,” katanya. Penubuhan itu merupakan langkah tambahan kepada dana amanah saham sedia ada.
Pelancaran dana baru sesuatu yang bagus tetapi usaha untuk memberi kesedaran melabur dan menyimpan juga penting. Semoga kita semua sedar tentang keperluan merancang kewangan
.-= MohdHafizKamal´s last blog .."Dollar Cost Averaging"- Jangan Guna Sebarangan Siri 1 =-.
Hmm…kerajaan mungkin hanya dapat menyediakan ruang dan peluang tetapi kita sebagai masyarakat seharusnya tahu dan sedar untuk merancang dan mengurus kewangan dengan cara yang betul..
Salam kekayaan,
THINKERICH
hi,any new launching date condirmed for this amanah saham 1 malaysia? thx much
No info yet..
klu join saham ni,bape persent kite ley dpt ha??
mmm.. saya rasa takde org boleh jawab kot soalan ni.
Saya rasa sudah tiba masanya pelabur di Malaysia sepatutnya menjadi lebih bijak sebelum melabur. Saya bukanlah seseorang yang terlalu arif, tetapi setidak-tidaknya kita mesti ada sedikit kebijaksanaan dan kewarasan. Saya tidak pernah mengatakan Amanah Saham Satu Malaysia tidak baik, cuma ingin membawa bakal pelabur berfikir sejenak sebelum melabur. Pertama sekali : Adakah bakal pelabur tahu bahawa Amanah Saham Satu Malaysia adalah Dana Ekuiti? Yang saya tahu dana ekuti adalah sesuai untuk pelabur yang inginkan pulangan yang tinggi tetapi dalam masa yang sama sanggup mengambil risiko yang tinggi kerana dana akan dilaburkan dalam sekuriti-sekuriti yang berisiko tinggi. Biasanya pulangan keatas pelaburan hanya dianggarkan diperolehi pada tempoh sederhana sehingga panjang. Oleh itu biasanya ianya lebih sesuai kepada golongan muda. Kedua : Harga Tawaran : RM1.00 (terlalu tinggi). Bisanya kita maklum dalam penerbitan saham ekuiti harga tawaran biasanya dalam lengkongan RM0.25 – RM.0.50. Jadi ianya dapat memberi kelebihan kepada pelabur baru untuk menikmati kenaikan modal. Sebagai contoh hari ini kita membeli pada harga RM0.25 seunit, kebiasaanya selepas 10 tahun akan datang kemungkinan harga seunit meningkat sehingga RM1.00 sudah tentu ianya memberikan pelabur keuntungan daripada kenaikan modal apabila menjualkan semua/sebahagian pelaburan.MAAF! Tapi saya tidak pernah nampak adanya kenaikan modal yang ketara dalam saham-saham terbitan PNB. Harga-harga unit cuma bergerak dalam jajaran yang kecil. Sila lihat prestasi ASN 1 kalau tak percaya. Wahai pelabur!Cuba buka mata, takkan 5 tahun lalu anda ada RM10,000 tapi hari ini jual tetap ada lebih/kurang RM10,000 juga. Nilai duit dulu dengan sekarang tak samalah bang. Itu belum dikira faktor kenaikan inflasi. Tak faham lagi. Ok Saya bagi contoh: Kalau anda melabur RM10,000 dengan harga tawaran RM0.25 seunit bermakna anda mempunyai 40,000 unit. Kalau selepas 5 tahun harga seunit meningkat kepada RM0.70, 40,000 unit X RM0.70= RM28,000 Maknanya anda ada keuntungan modal RM18,000. Itu tidak termasuk keuntungan dividen yang anda perolehi sepanjang 5 tahun menyimpan? Betultak bro? Saya bukan apa…cuma nak ubah persepsi rakyat Malaysia jangan fikir nak selamat aje tapi fikirkan keuntungan untuk diri kita juga. Kadang-kadang kesian juga saya tengok pakcik-pakcik tu melabur tanpa mendapat info yang secukupnya….Bagaimana kalau pakcik itu bapa anda sendiri???
salam..sy masih mencari maklumat tentang kelebihan saham ini..sepatutunya, kerajaan beritahu ciri-ciri unik bagi menarik pelabur bumiputra melanggan saham 1malaysia…sesiapa yang ada maklumat tolong konsikan bersama…sekian..
btl ckp en mansor R J,saya setuju sangat dengan ckp awak tu………….
sy dgr ura2 dividen tahun pertama sekadar 5%.
jumlah ini terlalu sedikit bagi pelabur islam.
sebab selepas ditolak dengan kadar zakat 2.5%
maka yg tinggal cuma keuntungan 2.5%
pikir punya pikir, rasanya tak berbaloi ambil
saham 1malaysia nie.. kecuali pengurus saham
jamin dividen yg lebih tinggi diberikan.
confius samaade nak melabur dalam asb atau amanah saham satu malaysia….mane satu bagus n memberi lebih pulangan…can anyone give me some advise….im really in dilemma
cuma nak berkongsi dgn peminat unit trust…
aku start pd aug09….after 7mth ni result yang aku dapat…menarik gak…ni product cimb…korang boleh monitor online melalui cimbclicks…
Investment Type – EPF
Fund Names – CIMB ISLAMIC EQUITY AGGRESSIVE FUND
Amount Invested Up to Date – 2,000
Total Unit Balance – 3,849.11
NAV Price – 0.5875
Current Market Value – 2,261.35