Selepas mengalami kejatuhan harga selepas pilihanraya umum lalu, pasaran saham Malaysia sekali lagi sedikit goyang oleh kesan politik. Bagi anda yang mengikuti senario semasa politik Malaysia pasti tahu mengenai berita Parti Maju Sabah (SAPP) mengumumkan mereka hilang keyakinan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan akan mengemukakan usul berkenaan ke Parlimen Isnin ini. Akibatnya harga saham di Bursa Malaysia ditutup rendah semalam (19/Jun/2008). Dan ianya dijangka terus mengalami penurunan minggu depan kerana para pelabur bimbang dengan ketidakstabilan senario politik semasa ini.
Selain kemelut politik dalam negara, keadaan diburuk lagi dengan kejatuhan beberapa pasaran saham serantau berikutan harga minyak mentah dunia yang kekal tinggi dan kebimbangan terhadap kenaikan kadar inflasi dalam ekonomi negara utama dunia.
Walaubagaimanapun, kejatuhan ini diramalkan bersifat sementara sahaja. Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Mohamed Yakcop berkata situasi politik semasa di dalam negara tidak akan memberikan impak besar kepada harga saham di Bursa Malaysia walaupun ramai penganalisis percaya trend menurun akan berterusan. Beliau berkata ekonomi dan pendapatan negara masih lagi kukuh dan ini akan membantu merangsangkan pasaran saham. “Saya tidak lihat yang Bursa Malaysia menghadapi masalah atau cabaran kerana asas ekonomi dan pertumbuhan pendapatan kita amat baik”.
Berikut adalah links daripada Utusan Malaysia berkaitan isu tersebut..
Bagi pelabur-pelabur unit trust, kita tidak perlu bimbang dengan situasi ini, malahan inilah masanya untuk kita menambah bilangan unit dengan membeli pada harga yang rendah. Berikut adalah senarai beberapa Islamic fund Public Mutual yang mengalami penurunan harga pada 19/Jun/2008.
| Fund | Fund Abbrevation | NAV | Chg | Chg % |
| Public Islamic Balanced Fund | PIBF | 0.2703 | -0.0023 | -0.84% |
| Public Islamic Dividend Fund | PIDF | 0.3002 | -0.0013 | -0.43% |
| Public Islamic Equity Fund | PIEF | 0.3168 | -0.0019 | -0.60% |
| Public Islamic Optimal Growth Fund | PIOGF | 0.2422 | -0.0016 | -0.66% |
| Public Islamic Sector Select Fund | PISSF | 0.2265 | -0.0019 | -0.83% |
| Public Islamic Select Treasures Fund | PISTF | 0.2469 | -0.0022 | -0.88% |
Recent Comments