My Unit Trust

Panduan Pelaburan Unit Trust Malaysia : Jana Wang Dengan Unit Trust

  • Sitemap
  • Penafian/Disclaimer
  • Contact Me

Public Mutual Menang Anugerah KLIFF 2009

By Maliki on November 5, 2009

public mutual KLIFF 2009 300x171 Public Mutual Menang Anugerah KLIFF 2009Anak syarikat milik penuh Public Bank Bhd., Public Mutual Bhd. memenangi anugerah pengurus dana Islam terkemuka untuk tiga tahun berturut-turut pada majlis makan malam dan anugerah Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur (KLIFF). Anugerah kali keenam tersebut disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop. Ketua Pegawai Eksekutif Public Mutual, Yeoh Kim Hong menerima anugerah berkenaan yang diadakan di sini semalam.

Kim Hong bangga Public Mutual sekali lagi mendapat pengiktirafan yang berprestij itu. Katanya, anugerah ini merupakan anugerah ke-138 yang dimenangi oleh Public Mutual sejak tahun 1999. “Memenangi anugerah yang disanjung ramai ini membuktikan komitmen Public Mutual yang berterusan dalam memberi nilai yang tinggi serta memenuhi keperluan yang pelbagai untuk pemegang-pemegang unit kami,” katanya. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pemegang-pemegang unit atas sokongan dan keyakinan mereka yang berterusan terhadap Public Mutual.

Public Mutual merupakan pemimpin dalam sektor dana unit amanah Islam swasta di Malaysia. Pada 30 September 2009, syarikat tersebut menguruskan 24 dana Islam dengan jumlah aset Islam di bawah pengurusan syarikat sebanyak RM13.2 bilion. Ini merupakan 58.3 peratus bahagian pasaran sektor dana unit amanah Islam swasta.

Public Mutual juga merupakan syarikat saham amanah swasta terbesar di Malaysia, mengurus sebanyak 71 dana. Syarikat tersebut mempunyai lebih dua juta pemegang akaun yang diberi khidmat oleh 40,000 perunding saham amanah. Pada 30 September 2009, jumlah nilai aset bersih dana yang diuruskan oleh syarikat tersebut adalah sebanyak RM33.8 bilion.

Jika anda baru melawat ke sini, sila subscribe RSS feed supaya anda tidak terlepas membaca post-post yang akan datang. Terima Kasih!

Posted in News | Tagged KLIFF 2009, pengurus dana Islam, public mutual | 1 Response

Prestasi Unit Trust Shariah Public Mutual

By Maliki on October 21, 2009

Baru-baru ini beberapa orang kawan bertanya tentang prestasi semasa unit trust Public Mutual pada saya. Seperti yang diketahui, kegawatan ekonomi nampaknya dalam proses pemulihan. Alhamdulillah, di Malaysia dan kawasan serantau, proses pemulihan ini agak rancak. Jika kita tengok prestasi pasaran saham di Malaysia dan serantau memang sudah naik balik. Jadi, prestasi dana unit trust terutamanya yang berkaitan ekuiti pun turut naik sama.
Prestasi unit trust Public Mutual pun sama juga lah… memang tengak naik sekarang ni. Memandangkan saya hanya promote dana unit trust shariah Public Mutual, saya senaraikan top 10 dana unit trust shariah dari segi total return berdasarkan prestasi satu tahun (sehingga 16 Oktober 2009 lepas). Data ini saya kumpul dari web Public Mutual… anda nak check sendiri pun boleh… saya cuma kumpulkan je untuk memudahkan rujukan.
Berikut ialah top 10 total return unit trust shariah Public Mutual berdasarkan prestasi semasa beserta graf. (sila klik pada imej untuk melihat imej yang lebih besar) Continue reading “Prestasi Unit Trust Shariah Public Mutual”

Posted in Fund | Tagged prestasi unit trust, public mutual, shariah | 9 Responses

Di Manakah Tahap Kewangan Anda?

By Maliki on September 30, 2009

Salam. Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada pembaca muslimin dan muslimat semua walaupun sudah semiggu lebih kita merayakan nya… terlewat sikit nak wish… maklum sajalah, sibuk bercuti.

Kali ini, saya ingin berkongsi artikel dari email newsletter yang saya langgan yang ditulis oleh ikon usahawan muda Malaysia, saudara Irfan Khairi. Artikel tips kewangan yang bertajuk “Di Manakah Tahap Kewangan Anda?” ini menerangkan 4 tahap kewangan seseorang. Berikut adalah ringkasan 4 tahap kewangan tersebut…

kewangan tidak selamat1 Di Manakah Tahap Kewangan Anda?#1: Kewangan tidak selamat (Finacially not secure).
…tahap dimana tiada wang simpanan ataupun jika ada pun cukup untuk menyara hidup kita dan keluarga selama sebulan sahaja (tanpa bekerja).

kewangan selamat Di Manakah Tahap Kewangan Anda?#2: Kewangan Selamat.
…tahap dimana wang simpanan yang ada jika kita tiba-tiba hilang pekerjaan atau hilang mata pencarian, cukup untuk menyara hidup kita dan keluarga selama 6 bulan.
Continue reading “Di Manakah Tahap Kewangan Anda?”

Posted in Kewangan | Tagged simpanan, tahap kewangan | Leave a response

Bilakah Waktu yang Terbaik Membeli Unit Amanah?

By Maliki on August 30, 2009

Dalam unit amanah, sebenarnya tiada garis-panduan yang tetap dan tepat mengenai waktu yang terbaik untuk membeli unit (samada membeli untuk tabung/fund baru atau membeli untuk menambah unit yang sedia ada). Ini kerana harga unit sentiasa naik-turun (fluctuates) mengikut keadaan ekonomi semasa, pasaran saham dan perubahan dalam nilai unit tabung itu sendiri.

Untuk memudahkan penjelasan, sila lihat graf berikut.

membeli unit amanah Bilakah Waktu yang Terbaik Membeli Unit Amanah?

Waktu Membeli Unit Amanah

Membeli Ketika Harga Stabil.

Membeli unit ketika harga unit tidak berubah (atau hanya perubahan kecil) dari point A ke point B memberikan pelabur rasa tenang dengan kestabilan harga unit. Namun begitu, untuk jangka masa pendek, pelabur hanya menikmati sedikit saja keuntungan dari segi kenaikan modal jika ingin menjual balik unit-unit yang telah dibeli. Continue reading “Bilakah Waktu yang Terbaik Membeli Unit Amanah?”

Posted in Tips | Tagged membeli unit, unit amanah | 1 Response

AS 1Malaysia Bermula 5 Ogos 2009

By Maliki on August 3, 2009

as1malaysia AS 1Malaysia Bermula 5 Ogos 2009AS 1Malaysia dilancarkan dengan rasminya oleh Perdana Menteri pada 31 Julai 2009. Walaubagaimanapun unit hanya akan mula dijual pada 5 Ogos 2009 ini. Berikut adalah maklumat ringkas AS 1Malaysia.

Nama Tabung : AMANAH SAHAM 1MALAYSIA (AS 1MALAYSIA)
Jenis : Pendapatan
Kategori : Ekuiti
Tarikh Pelancaran : 5 Ogos, 2009
Tempoh Tawaran : 30 hari
Objektif : Objektif pelaburan AS 1Malaysia adalah untuk mendapatkan peluang pelaburan yang menjana pendapatan yang konsisten dan berterusan di samping mengekalkan modal pelaburan para pemegang unit di dalam tempoh jangka panjang melalui portfolio pelaburan yang dipelbagaikan.
Pelabur Sasaran :

  • Pelabur jangka masa sederhana dan jangka masa panjang.
  • Pelabur yang memahami pulangan dan risiko.
  • Pelabur yang ingin mendapatkan pulangan dari pengagihan pendapatan, sekiranya ada.

Kelayakan :

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
  • Lain-lain seperti yang dinyatakan di dalam Surat Ikatan.

Pengurus Pelaburan : Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) – anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB).

MAKLUMAT URUSNIAGA

Harga Seunit : RM 1.00
Bentuk Pelaburan : Buku Pelaburan
Pelaburan Permulaan Minimum : Buku Pelaburan – 100 unit
Pelaburan Tambahan Minimum : Buku Pelaburan – 1 unit
Pelaburan Maksimum : Tiada had pelaburan maksimum dikenakan kepada pelabur AS 1Malaysia. Walaubagaimanapun, di dalam tempoh tawaran permulaan, had pelaburan maksimum sebanyak 50,000 unit akan dikenakan bagi setiap pelabur yang berumur 55 tahun dan ke bawah manakala pelabur yang berumur melebihi 55 tahun akan dikenakan had pelaburan maksimum sebanyak 100,000 unit. Pengurus juga mempunyai budibicara untuk mengenakan sebarang had pelaburan maksimum pada sebarang tempoh yang lain.
Saiz Tabung : 10.0 bilion unit
Caj Jualan : Tiada. Walaubagaimanapun, Pengurus mempunyai budibicara untuk mengenakan caj jualan sehingga 1% daripada nilai pelaburan selepas tempoh tersebut.
Caj Jualan Balik : Tiada
Pembayaran Jualan Balik : Serta-merta
Tempoh Bertenang : Tiada
Tahun Kewangan Berakhir : 30 September

Untuk maklumat lanjut berkaitan AS 1Malaysia ini, boleh lah download prospectus di ASNB.

Posted in News | Tagged amanah saham, Amanah Saham Satu Malaysia, AS 1Malaysia | Leave a response

Amanah Saham Satu Malaysia

By Maliki on July 13, 2009

1malaysia Amanah Saham Satu Malaysia

Amanah Saham Satu Malaysia

Sempena 100 hari pertama beliau menyandang jawatan Perdana Menteri yang keenam, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak telah mengumumkan penubuhan Amanah Saham Satu Malaysia (AS 1Malaysia) dengan saiz dana sebesar 10 bilion unit. Ia antara 11 pengumuman penting – yang mengambil kira kepentingan dan kebajikan rakyat pelbagai lapisan – dibuat oleh Perdana Menteri di ibu negara pagi 11/Julai/2009 pada majlis “100 Hari Najib Bersama Rakyat”.

“Selaras dengan usaha kerajaan untuk menggalakkan rakyat Malaysia untuk melabur, kerajaan telah bersetuju bagi PNB (Permodalan Nasional Berhad) untuk menubuhkan satu lagi tabung unit amanah baru iaitu Amanah Saham 1Malaysia. “Tabung unit amanah baru yang akan dilancarkan tidak lama lagi ini akan dibuka kepada rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan akan mempunyai saiz sehingga 10 bilion unit tertakluk kepada permintaan semasa,” kata beliau yang juga Menteri Kewangan.

Jelas beliau, penubuhan tabung unit amanah baru itu sesuai selaras dengan jangkaan pemulihan ekonomi dalam tempoh separuh tahun kedua tahun ini. “Tabung ini dijangka akan memberi peluang pelaburan kepada pelabur untuk menikmati pulangan pendapatan yang berpatutan dalam tempoh jangka panjang,” katanya. Penubuhan itu merupakan langkah tambahan kepada dana amanah saham sedia ada.

Posted in News | Tagged amanah saham, Amanah Saham Satu Malaysia | 13 Responses


« PreviousNext »




Recent Comments

  • Loading...

Categories

  • Fund
  • Islamic
  • Kewangan
  • News
  • Tips
  • Unit Trust

Archives

  • September 2010
  • August 2010
  • June 2010
  • January 2010
  • November 2009
  • October 2009
  • September 2009
  • August 2009
  • July 2009
  • June 2009
  • May 2009
  • March 2009

Tags

agihan amanah saham Amanah Saham Satu Malaysia awards Buku Wang Anda dan Islam Bursa Malaysia compound interest ejen ekonomi epf equity equity fund Fund hutang invest investment islam Islamic equity fund islamic fund Kewangan kewangan Islam KWSP menabung menyimpan muamalah mutual fund new fund pasaran modal islam pelaburan PFEBF PIADF PIDF PIOGF preview buku Public Islamic Optimal Growth Fund public mutual saham saham amanah sales charge service charge shariah syariah unit amanah unit pricing Unit Trust

Copyright © 2012 My Unit Trust.

Powered by WordPress, Hybrid, and Hybrid.