My Unit Trust

Panduan Pelaburan Unit Trust Malaysia : Jana Wang Dengan Unit Trust

  • Sitemap
  • Penafian/Disclaimer
  • Contact Me

PNB Umum Agihan Pendapatan ASN2

By Maliki on June 30, 2009

asn2 PNB Umum Agihan Pendapatan ASN2

ASN2

Permodalan Nasional Bhd. (PNB) mengumumkan pengagihan pendapatan 5.20 sen seunit untuk Amanah Saham Nasional 2 (ASN2) bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2009.

Amanah Saham Nasional 2 (ASN2) adalah unit trust jenis pertumbuhan dalam kategori ekuiti. Ianya diuruskan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan dilancarkan pada 9 Jun 1999.

Objektif pelaburan ialah memberi peluang kepada pemegang-pemegang unit  untuk mendapat pulangan dalam bentuk pengagihan pendapatan dan pulangan modal pada tahap risiko yang berpatutan melalui pelaburan dalam kepelbagaian portfolio sekuriti, terutamanya dalam ekuiti sekuriti Malaysia selaras dengan Suratikatan, Garis Panduan dan undang-undang sekuriti.

** Tabung ini bukanlah termasuk tabung syariah **

Info tentang ASN2 boleh dilihat di www.asnb.com.my

Jika anda baru melawat ke sini, sila subscribe RSS feed supaya anda tidak terlepas membaca post-post yang akan datang. Terima Kasih!

Posted in News | Tagged ASN2, PNB | Leave a response

Public Mutual Umum Agihan Dana PIDF & PIADF

By Maliki on May 7, 2009

pidf piadf1 300x259 Public Mutual Umum Agihan Dana PIDF & PIADFPublic Mutual, anak syarikat milik penuh Public Bank telah mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 1.25 sen seunit untuk Public Islamic Dividend Fund (PIDF) dan 0.25 sen seunit bagi Public Islamic Asia Dividend Fund (PIADF) bagi tahun kewangan berakhir pada 30 April 2009.

Pengerusi Public Mutual, Tan Sri Dr. Teh Hong Piow dalam kenyataannya berkata, beliau gembira kerana syarikat itu mampu membuat pengagihan itu di sebalik keadaan pasaran yang mencabar.

PIDF yang dilancarkan pada 2006 adalah dana dividen syariah pasaran tempatan yang turut dibuka kepada skim pelaburan ahli KWSP. Manakala PIADF yang dilancarkan pada 2007 ialah dana dividen syariah pasaran serantau dan melaburkan di negara terpilih antaranya Korea Selatan, China, Taiwan, Hong Kong, Filipina, Indonesia, Singapura, Thailand, Australia dan New Zealand.

Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta terbesar Malaysia itu mengurus sebanyak 68 dana. Setakat 31 Mac 2009, jumlah NAV keseluruhan dana-dana yang diuruskan syarikat itu bernilai RM24.2 bilion.

Posted in News | Tagged agihan, dividen, PIADF, PIDF, public mutual | 8 Responses

PIOF Untung 10% Dalam 3 Bulan Lebih

By Maliki on May 5, 2009

Semalam, 4 Mei 2009, pasaran saham tempatan kembali melepasi paras 1000 mata iaitu 1009.36 mata ketika ditutup. So, jika anda melabur dalam unit trust yang agresif 3~4 bulan yang lepas seperti dalam fund Public Mutual, Public Islamic Opportunities Fund (PIOF), anda akan dapat menikmati kenaikan harga yang agak baik.

Sebagai contoh, saya sendiri telah melabur dalam PIOF pada 22 Januari yang lalu (lihat post 16 Mac lepas bertajuk “Pengiraan Sales Charge Unit Trust”). Bilangan unit yang saya dapat setelah melabur RM1,000.00 ketika itu ialah 4,326.19 dan harga PIOF hari ini ialah RM0.2561. So, nilai fund PIOF saya sekarang sudah jadi (4,326.19 x RM0.2561) = RM1107.94. Wow! ini dah kira keuntungan lebih 10%. Inilah salah satu pulangan unit trust yang diperkatakan, iaitu peningkatan harga unit.

Contoh ini hanyalah untuk menunjukkan bagaimana kita memperolehi keuntungan dari pelaburan unit trust. Tidak bermakna saya advise anda melabur dalam PIOF. Pemilihan melabur dalam mana2 fund unit trust adalah atas kesesuaian dan penilaian anda sendiri.

Berikut adalah keratan akhbar mengenai kenaikan pasaran saham tempatan semalam. Continue reading “PIOF Untung 10% Dalam 3 Bulan Lebih”

Posted in News | Tagged pasaran saham, PIOF, Unit Trust | 2 Responses

RM1 Juta Tidak Cukup Selepas Bersara

By Maliki on May 3, 2009

K. Sasitharan iaitu Pengurus Negara ESG Direct Asia Pte. Ltd. bagi Malaysia berkata bahawa RM1 juta masih belum cukup untuk rakyat Malaysia selepas mereka bersara.  Beliau berkata demikian selepas mengadakan Seminar Khas Perancangan Kewangan sempena Minggu Saham Amanah Malaysia 2009 di Johor Bahru, 20 April 2009 yang lepas. Ini dirumus berdasarkan tabiat menabung yang rendah dan budaya hutang kad kredit yang semakin bahaya dikalangan rakyat Malaysia. Ikuti ulasan beliau yang dipetik dari Utusan Malaysia,

JOHOR BAHRU 20 April – Rakyat Malaysia daripada golongan sederhana memerlukan sekurang-kurangnya RM1 juta ketika bersara sekiranya mahu mengekalkan gaya hidup semasa.

Pengurus Negara ESG Direct Asia Pte. Ltd. bagi Malaysia, K. Sasitharan berkata, bagaimanapun jumlah itu sebenarnya hanya sekadar ‘cukup makan’ jika diambil kira kos perubatan dalam tempoh berkenaan. Beliau berkata, berdasarkan tinjauan yang dijalankan mendapati hanya 10 peratus rakyat Malaysia yang memiliki simpanan yang baik untuk menghadapi zaman persaraan mereka nanti. “Namun, simpanan tersebut bukan hasil daripada tabiat menabung tetapi sebaliknya disebabkan mendapat gaji besar sehingga menyebabkan simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mencukupi.” katanya kepada Utusan Malaysia selepas mengadakan Seminar Khas Perancangan Kewangan sempena Minggu Saham Amanah Malaysia 2009 di sini.

Beliau berkata, sejumlah 10 peratus didapati menjadikan amalan menyimpan untuk menghadapi persaraan manakala 80 peratus lagi tidak bersedia langsung dan terpaksa bergantung kepada anak-anak. Sasitharan berkata, walaupun amalan menabung masih lagi rendah di kalangan rakyat Malaysia tetapi ia adalah perkara normal bagi negara yang memiliki populasi muda. Bagaimanapun, situasi itu perlu diperbaiki sebelum menimbulkan masalah kepada negara kerana dalam tempoh 15 hingga 20 tahun lagi Malaysia berpotensi untuk mempunyai majoriti penduduk dewasa.

Beliau berkata, rakyat Malaysia sepatutnya menukar persepsi yang ada dan menjadi lebih bersedia dalam mengharungi dunia persaraan tanpa perlu mengurangkan gaya hidup sedia ada. “Di Malaysia, pesara secara automatik akan mengubah gaya hidup kebelakang berikutan kekangan wang untuk meneruskan gaya hidup selesa semasa bekerja. Sebab itu, pesara akan balik ke kampung selepas bersara dengan harapan dapat mengawal perbelanjaan harian, sekali gus mengurangkan beban kos hidup,” jelasnya.

Beliau menafikan bahawa amalan menabung hanya berupaya dilakukan oleh golongan yang memiliki gaji yang lumayan. “Dakwaan ini tidak benar kerana golongan pekerja yang memiliki gaji RM1,000 pun menabung, secara perlahan-lahan kerana gaji yang diperoleh akan mengalami kenaikan seiring tempoh bekerja,” jelasnya. Sasitharan menegaskan, masalah di Malaysia adalah kebanyakan rakyatnya lebih mengutamakan gaya hidup berbanding menabung. Sambil memberi contoh, katanya, rakyat Malaysia sekarang dilihat lebih cenderung berbelanja terlebih dahulu sebelum mendapat gaji. “Sekarang ini, kad kredit telah mengawal perbelanjaan rakyat Malaysia, ini memang budaya bahaya kerana setiap kali mendapat gaji, kita akan mendahulukan hutang,” katanya.

Ditanya apa yang perlu dilakukan jika tabungan pekerja masih tidak mencukupi pada usia 55 tahun, Sasitharan berkata: “Pekerja itu perlu terus bekerja kerana usia persaraan 55 tahun adalah masih muda berbanding negara maju pada usia 65 tahun. Ini bukan bermakna pesara yang tidak mempunyai cukup simpanan masih mempunyai 10 tahun lagi untuk menabung,” kata beliau.

Posted in Kewangan | Tagged bersara, Kewangan, menabung | 1 Response

Pengiraan Sales Charge Unit Trust

By Maliki on March 16, 2009

Ramai pelabur unit trust dan UTC sendiri agak keliru dengan pengiraan Sales Charge ataupun sesetengahnya panggil Service Charge. Setiap kali datang statement, mesti beberapa angka dalam statement tu tak dapat dikira dengan tepat. Statement salah print ker? Atau bagaimana pengiraan yang sebenar?

So, untuk memahami pengiraan sebenar Sales Charge pelaburan unit trust anda, saya tunjukkan contoh dari actual statement dari pelaburan yang saya buat dalam dana PIOF, Public Mutual baru-baru ini. Ini ialah gambar statement tersebut. (click gambar untuk enlarge)

[singlepic id=1 w=320 h=240 float=center]

Saya hanya bayar RM1000.00 untuk first time invest dalam dana tersebut.

Kebiasaannya, pelabur dan UTC sendiri akan kira begini,
Total Sales Charge = Bayaran X Sales Charge (%)
= RM1000.00 X 5.5%
= RM55.00

Jadi, Amount Invested = RM1000.00 – RM55.00
= RM945.00

Total Units (Jumlah unit yang dapat) = Amount Invested / NAV
= RM945.00 / RM0.2191
= 4313.099 unit

Ataupun kiraan yang dipermudahkan,
Total Units = (RM1000.00 – 5.5%) / RM0.2191
= 4313.099 unit

Sebenarnya ini adalah kiraan yang salah. Buktinya, nilai dari pengiraan diatas tak sama dengan nilai dalam statement tadi. Di statement tu tulis Sales Charge RM52.13, so kalau kira dengan cara diatas, sales charge tak sampai 5.5% lah kan (RM52.13/RM1000.00 X 100% = 5.213% saja).

Mengapa jadi begini? Saya pernah bertanya pada UTC lain, jawapan mereka ialah “dalam prospektus tu ada tulis charge SEHINGGA 5.5%, jadi Public Mutual bagi discount lah.. charge kurang dari 5.5%”. Hmmm… memang betul dalam prospektus ada tulis perkataan SEHINGGA tu tapi, dalam statement tak ada. Statement mestilah tepat dan telus… ini undang-undang. So, bagaimana kiraan yang betul? Continue reading “Pengiraan Sales Charge Unit Trust”

Posted in Tips | Tagged sales charge, service charge, statement | 5 Responses

Rakyat Malaysia Malas Menabung

By Maliki on February 19, 2009

  • Hanya 39% rakyat Malaysia menabung.
  • 28% sahaja merangka bajet bulanan dan mematuhinya.
  • 21% membayangkan tabungan mereka hanya mampu bertahan untuk empat minggu saja.
  • 37% bimbang mengenai kedudukan kewangan mereka.

saving 300x225 Rakyat Malaysia Malas Menabung

RAKYAT MALAYSIA didapati belum bersedia dari segi kewangan apabila berlaku kehilangan punca pendapatan atau diberhentikan kerja ekoran kegawatan ekonomi kerana kurang menabung. Hasil kaji selidik Citibank mengenai  kesedaran perancangan kewangan rakyat Malaysia sangat membimbangkan.

Kaji selidik terbaru Citibank Bhd berhubung kesedaran perancangan kewangan bagi suku terakhir 2008 itu, menunjukkan hanya dua daripada lima individu atau 39 peratus rakyat negara ini yang menabung. Sementara itu, kurang satu daripada tiga individu atau 28 peratus merangka bajet bulanan dan mematuhinya. Ketua Segmen Pemasaran Perbankan Runcit Citibank, Timothy Johnson, berkata penemuan kajian itu juga mendapati 21 peratus daripada responden membayangkan tabungan mereka hanya mampu bertahan untuk empat minggu saja.

Berdasarkan persekitaran ekonomi global semasa yang amat mencabar, hasil kaji selidik ini agak membimbangkan. Meskipun penanda aras kesedaran rakyat negara ini mengenai perancangan kewangan dan persaraan bagi suku akhir 2008, meningkat berbanding tempoh sama tahun lalu, ia masih belum mantap, katanya pada sidang media selepas membentangkan keputusan kajian itu di Kuala Lumpur, semalam. Continue reading “Rakyat Malaysia Malas Menabung”

Posted in Kewangan | Tagged Kewangan, menabung | Leave a response


« PreviousNext »




Recent Comments

  • Loading...

Categories

  • Fund
  • Islamic
  • Kewangan
  • News
  • Tips
  • Unit Trust

Archives

  • September 2010
  • August 2010
  • June 2010
  • January 2010
  • November 2009
  • October 2009
  • September 2009
  • August 2009
  • July 2009
  • June 2009
  • May 2009
  • March 2009

Tags

agihan amanah saham Amanah Saham Satu Malaysia awards Buku Wang Anda dan Islam Bursa Malaysia compound interest ejen ekonomi epf equity equity fund Fund hutang invest investment islam Islamic equity fund islamic fund Kewangan kewangan Islam KWSP menabung menyimpan muamalah mutual fund new fund pasaran modal islam pelaburan PFEBF PIADF PIDF PIOGF preview buku Public Islamic Optimal Growth Fund public mutual saham saham amanah sales charge service charge shariah syariah unit amanah unit pricing Unit Trust

Copyright © 2012 My Unit Trust.

Powered by WordPress, Hybrid, and Hybrid.