By Maliki on February 4, 2009

Public Mutual telah mengisytihar pengagihan pendapatan untuk 4 fund yang tahun kewangannya berakhir 31 Januari 2009. 3 fund konvensional & 1 fund Syariah.
1) Public Index Fund (PIX) : 5.00 sen seunit.
2) Public Islamic Optimal Growth Fund (PIOGF) : 0.30 sen seunit.
3) Public Enhanced Bond Fund (PEBF) : 2.00 sen seunit.
4) Public Money Market Fund (PMMF) : 3.00 sen seunit.
Pengerusi Public Mutual, Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow berkata ketika mengulas pengisytiharan tersebut, Public Mutual gembira masih mampu mengisytiharkan pengagihan walaupun keadaan pasaran yang mencabar ketika ini.
Jika anda baru melawat ke sini, sila subscribe RSS feed supaya anda tidak terlepas membaca post-post yang akan datang. Terima Kasih!
Posted in News | Tagged agihan, PIOGF, public mutual |
By Maliki on October 30, 2008
Kali ini saya ingin memaparkan sebuah newslater yang saya subscribe dari jutawan muda Malaysia, saudara Irfan Khairi. Beliau menceritakan tentang kehebatan “compound interest” apabila kita menyimpan. Compound Interest adalah alat yang paling utama yang memberi kekayaan kepada orang-orang kaya di dunia. Kunci utama ialah, mulakan menyimpan seawal yang boleh walaupun sedikit dan displin menyimpan dengan konsisten.
Apa yang menarik disini ialah dimana kita memilih tempat utuk menyimpan supaya simpanan kita memberi pulangan yang tinggi, seterusnya kehebatan compound interest ini akan lebih teserlah lagi. Beliau ada menyebut tentang tempat menyimpan yang dapat memberi pulangan 12% setahun ialah, tak lain tak bukan – mutual fund ataupun unit trust.
“Kini di Malaysia, pulangan 12% adalah agak biasa sekiranya anda research syarikat-syarikat Mutual funds”.
Sila baca newslater tersebut untuk mengetahui kehebatan compound interest.
==================================
Compound interest- senjata jutawan
==================================
Daripada : Irfan Khairi
Sering saya ditanya “Apakah rahsia untuk menjadi kaya?”. Apa satu perkara yang boleh kita lakukan untuk memastikan kita menjadi jutawan?
Maliki, jawapannya amat mudah- infact, ianya bukan lagi rahsia oleh kerana didalam apa jua buku kewangan peribadi di dunia, sudah pasti terdapat satu bab menceritakan cara ini. cara yang 100% sekiranya digunakan akan menjadikan kita jutawan. Ya, anda juga boleh menjadi jutawan sekiranya mengikut cara ini. Tidak kira latar belakang pendidikan kita, tidak kira tahap intelegent kita, tidak kira apa kepakaran kita, terdapat satu cara yang akan memastikan seseorang itu menjadi jutawan. Namun, tidak ramai yang benar-benar mengambil kesempatan ini.
Caranya bukanlah cara cepat kaya… tetapi, cara pasti kaya. Hendak tahu apakah caranya? Izinkan saya jelaskan dengan satu gambaran…
Bayangkan seorang bayi apabila dilahirkan, pada setiap hari, ibunya meletakkan RM1.00 ke dalam tabung untuk bayi tersebut. Sehari satu ringgit. Sebulan jumlah nya menjadi RM30. Setahun, jumlahnya menjadi RM365. Teruskan simpanan kedalam tabung bayi tersebut dan ketika bayi itu berumur 40 tahun, jumlah yang terkandung didalam tabung tersebut adalah RM14,600.
Wang yang disimpan tidak berkembang. Mungkin tabung yang digunakan perlu upgrade menjadi tabung yang lebih besar. Tetapi, let’s face it… RM14,600 dari simpanan selama 40 tahun bukanlah jumlah yang besar.
Sekarang, bayangkan sekiranya wang tersebut di simpan di dalam unit simpanan yang memberi pulangan interest sebanyak 12% setahun dan RM1 di simpan setiap hari sejak dilahirkan. Wang yang sepatutnya hanya RM14,600, kini menjadi RM352,943.18 selepas 40 tahun.
RM352,943.18 ??? Dari mana datangnya lagi RM338,343?
Continue reading “Compound Interest – Senjata Jutawan”
Posted in Tips | Tagged compound interest, menyimpan |
By Maliki on September 23, 2008
Assalamualaikum! & Hai!
Nampaknya dah lama saya tak update blog ini… sibuk sikit. Memandangkan suasana ekonomi dunia termasuklah negara kita yang agak tak memberangsangkan, ada juga kawan2 yang bertanya pendapat saya tentang industri unit trust. Apa kesannya pada pelaburan unit trust mereka? dan Apa yang perlu mereka lakukan?
Mmmm… saya bukanlah pakar ekonomi… namun dari pembacaan, saya merumuskan seperti berikut,
Memandangkan nilai unit trust adalah selari dengan pasaran saham semasa, ketidaktentuan ekonomi global semasa turut mempengaruhi nilai unit trust. Secara mudahnya, unit trust sekarang turut mengalami kejatuhan harga. Namun begitu usaha2 pemulihan mula menunjukkan kesan nya. Antaranya usaha kerajaan Amerika untuk menyelamatkan institusi2 kewangan meraka turut memberi kesan positif kepada bursa2 saham global. Continue reading “Kesan Ekonomi Global Kepada Unit Trust”
Posted in Unit Trust | Tagged ekonomi, Unit Trust |
By Maliki on June 20, 2008
Selepas mengalami kejatuhan harga selepas pilihanraya umum lalu, pasaran saham Malaysia sekali lagi sedikit goyang oleh kesan politik. Bagi anda yang mengikuti senario semasa politik Malaysia pasti tahu mengenai berita Parti Maju Sabah (SAPP) mengumumkan mereka hilang keyakinan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan akan mengemukakan usul berkenaan ke Parlimen Isnin ini. Akibatnya harga saham di Bursa Malaysia ditutup rendah semalam (19/Jun/2008). Dan ianya dijangka terus mengalami penurunan minggu depan kerana para pelabur bimbang dengan ketidakstabilan senario politik semasa ini.
Selain kemelut politik dalam negara, keadaan diburuk lagi dengan kejatuhan beberapa pasaran saham serantau berikutan harga minyak mentah dunia yang kekal tinggi dan kebimbangan terhadap kenaikan kadar inflasi dalam ekonomi negara utama dunia. Continue reading “Harga Saham Dijangka Turun”
Posted in News | Tagged Bursa Malaysia, saham |
By Maliki on May 9, 2008
Public Mutual telah mengisytihar pengagihan pendapatan untuk 3 fund yang tahun kewangannya berakhir 30 April 2008. Fund-fund tersebut ialah :-
1) Public Islamic Dividend Fund (PIDF) – pengagihan sebanyak 2.00 sen seunit.
2) Public Islamic Asia Dividend Fund (PIADF) – pengagihan sebanyak 0.40 sen seunit.
3) Public Far-East Balanced Fund (PFEBF) – pengagihan sebanyak 1.75 sen seunit.
Public Islamic Dividend Fund (PIDF) & Public Islamic Asia Dividen Fund (PIADF) ialah Islamic equity fund yang matlamat pelaburannya ialah untuk menyediakan pendapatan dengan melabur di portfolio yang terdiri daripada pelbagai saham patuh Syariah yang menawarkan hasil dividen yang menarik. Manakala pertumbuhan modal (capital growth) adalah matlamat kedua. Bezanya cuma PIDF melabur dalam pasaran tempatan, manakala PIADF turut melabur dalam pasaran serantau.
Public Far-East Balanced Fund (PFEBF) pula ialah balance fund yang bermatlamat untuk menyediakan pendapatan dan pertumbuhan modal dengan melabur di pasaran regional. Fund ini bukan Islamic fund.
Posted in News | Tagged Islamic equity fund, PFEBF, PIADF, PIDF, public mutual |
By Maliki on April 23, 2008
Sebelum kita menyertai atau invest dalam sesuatu unit trust fund, kita hendaklah bertanya beberapa soalan berkaitan fund tersebut kepada ejen unit trust (unit trust consultant). Tanyalah kepada ejen sebanyak yang mungkin supaya kita benar2 faham dan dapat mengoptimumkan manfaat pelaburan unit trust yang bakal kita buat. Ini juga dapat mengelakkan kita daripada melabur dalam produk unit trust yang tidak bersesuaian tetapi dipromosikan berlebih-lebihan oleh ejen kerana dia mendapat komisen yang tinggi daripada penjualannya.
Namun begitu, ramai dari kita tak tahu soalan apakah yang patut kita tanya pada ejen tersebut. Biasanya ejen je yang banyak bercakapnya… kita just dengar dan tanya soalan2 basic macam “Berapa jumlah minimum nak invest?” atau “Berapa banyak dan bila fund tersebut bayar dividen?” ataupun “Fund ni konvensional ke Islamic fund?”… mmm, saya tak bermaksud kita tak perlu tahu perkara2 tersebut, tapi banyak lagi perkara yang perlu kita tanya dan minta penjelasan dari ejen. Jawapan yang kita peroleh daripada ejen ini boleh membantu kita menentukan sama ada fund unit trust yang ditawarkan itu bersesuaian dengan matlamat dan objektif pelaburan kita ataupun tidak.
Di sini saya senaraikan beberapa contoh soalan cadangan yang boleh kita tanya pada ejen unit trust.. juga saya sertakan tips berkaitan soalan2 tersebut. Continue reading “Tips Bertanya Sebelum Melabur Dalam Unit Trust.”
Posted in Tips | Tagged ejen, Fund, Unit Trust |
Recent Comments