Public Mutual Umum Agihan Dana PIDF & PIADF

pidf_piadf1Public Mutual, anak syarikat milik penuh Public Bank telah mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 1.25 sen seunit untuk Public Islamic Dividend Fund (PIDF) dan 0.25 sen seunit bagi Public Islamic Asia Dividend Fund (PIADF) bagi tahun kewangan berakhir pada 30 April 2009.

Pengerusi Public Mutual, Tan Sri Dr. Teh Hong Piow dalam kenyataannya berkata, beliau gembira kerana syarikat itu mampu membuat pengagihan itu di sebalik keadaan pasaran yang mencabar.

PIDF yang dilancarkan pada 2006 adalah dana dividen syariah pasaran tempatan yang turut dibuka kepada skim pelaburan ahli KWSP. Manakala PIADF yang dilancarkan pada 2007 ialah dana dividen syariah pasaran serantau dan melaburkan di negara terpilih antaranya Korea Selatan, China, Taiwan, Hong Kong, Filipina, Indonesia, Singapura, Thailand, Australia dan New Zealand.

Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta terbesar Malaysia itu mengurus sebanyak 68 dana. Setakat 31 Mac 2009, jumlah NAV keseluruhan dana-dana yang diuruskan syarikat itu bernilai RM24.2 bilion.

Public Mutual Isytihar Pengagihan 4 Fund

agihan

Public Mutual telah mengisytihar pengagihan pendapatan untuk 4 fund yang tahun kewangannya berakhir 31 Januari 2009. 3 fund konvensional & 1 fund Syariah.
1) Public Index Fund (PIX) : 5.00 sen seunit.
2) Public Islamic Optimal Growth Fund (PIOGF) : 0.30 sen seunit.
3) Public Enhanced Bond Fund (PEBF) : 2.00 sen seunit.
4) Public Money Market Fund (PMMF) : 3.00 sen seunit.

Pengerusi Public Mutual, Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow berkata ketika mengulas pengisytiharan tersebut, Public Mutual gembira masih mampu mengisytiharkan pengagihan walaupun keadaan pasaran yang mencabar ketika ini.