AS 1Malaysia Bermula 5 Ogos 2009

as1malaysiaAS 1Malaysia dilancarkan dengan rasminya oleh Perdana Menteri pada 31 Julai 2009. Walaubagaimanapun unit hanya akan mula dijual pada 5 Ogos 2009 ini. Berikut adalah maklumat ringkas AS 1Malaysia.

Nama Tabung : AMANAH SAHAM 1MALAYSIA (AS 1MALAYSIA)
Jenis : Pendapatan
Kategori : Ekuiti
Tarikh Pelancaran : 5 Ogos, 2009
Tempoh Tawaran : 30 hari
Objektif : Objektif pelaburan AS 1Malaysia adalah untuk mendapatkan peluang pelaburan yang menjana pendapatan yang konsisten dan berterusan di samping mengekalkan modal pelaburan para pemegang unit di dalam tempoh jangka panjang melalui portfolio pelaburan yang dipelbagaikan.
Pelabur Sasaran :

  • Pelabur jangka masa sederhana dan jangka masa panjang.
  • Pelabur yang memahami pulangan dan risiko.
  • Pelabur yang ingin mendapatkan pulangan dari pengagihan pendapatan, sekiranya ada.

Kelayakan :

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
  • Lain-lain seperti yang dinyatakan di dalam Surat Ikatan.

Pengurus Pelaburan : Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) – anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB).

MAKLUMAT URUSNIAGA

Harga Seunit : RM 1.00
Bentuk Pelaburan : Buku Pelaburan
Pelaburan Permulaan Minimum : Buku Pelaburan – 100 unit
Pelaburan Tambahan Minimum : Buku Pelaburan – 1 unit
Pelaburan Maksimum : Tiada had pelaburan maksimum dikenakan kepada pelabur AS 1Malaysia. Walaubagaimanapun, di dalam tempoh tawaran permulaan, had pelaburan maksimum sebanyak 50,000 unit akan dikenakan bagi setiap pelabur yang berumur 55 tahun dan ke bawah manakala pelabur yang berumur melebihi 55 tahun akan dikenakan had pelaburan maksimum sebanyak 100,000 unit. Pengurus juga mempunyai budibicara untuk mengenakan sebarang had pelaburan maksimum pada sebarang tempoh yang lain.
Saiz Tabung : 10.0 bilion unit
Caj Jualan : Tiada. Walaubagaimanapun, Pengurus mempunyai budibicara untuk mengenakan caj jualan sehingga 1% daripada nilai pelaburan selepas tempoh tersebut.
Caj Jualan Balik : Tiada
Pembayaran Jualan Balik : Serta-merta
Tempoh Bertenang : Tiada
Tahun Kewangan Berakhir : 30 September

Untuk maklumat lanjut berkaitan AS 1Malaysia ini, boleh lah download prospectus di ASNB.

Jika anda baru melawat ke sini, sila subscribe RSS feed supaya anda tidak terlepas membaca post-post yang akan datang. Terima Kasih!

Amanah Saham Satu Malaysia

Amanah Saham Satu Malaysia

Amanah Saham Satu Malaysia

Sempena 100 hari pertama beliau menyandang jawatan Perdana Menteri yang keenam, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak telah mengumumkan penubuhan Amanah Saham Satu Malaysia (AS 1Malaysia) dengan saiz dana sebesar 10 bilion unit. Ia antara 11 pengumuman penting – yang mengambil kira kepentingan dan kebajikan rakyat pelbagai lapisan – dibuat oleh Perdana Menteri di ibu negara pagi 11/Julai/2009 pada majlis “100 Hari Najib Bersama Rakyat”.

“Selaras dengan usaha kerajaan untuk menggalakkan rakyat Malaysia untuk melabur, kerajaan telah bersetuju bagi PNB (Permodalan Nasional Berhad) untuk menubuhkan satu lagi tabung unit amanah baru iaitu Amanah Saham 1Malaysia. “Tabung unit amanah baru yang akan dilancarkan tidak lama lagi ini akan dibuka kepada rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan akan mempunyai saiz sehingga 10 bilion unit tertakluk kepada permintaan semasa,” kata beliau yang juga Menteri Kewangan.

Jelas beliau, penubuhan tabung unit amanah baru itu sesuai selaras dengan jangkaan pemulihan ekonomi dalam tempoh separuh tahun kedua tahun ini. “Tabung ini dijangka akan memberi peluang pelaburan kepada pelabur untuk menikmati pulangan pendapatan yang berpatutan dalam tempoh jangka panjang,” katanya. Penubuhan itu merupakan langkah tambahan kepada dana amanah saham sedia ada.