Tips Bertanya Sebelum Melabur Dalam Unit Trust.

Sebelum kita menyertai atau invest dalam sesuatu unit trust fund, kita hendaklah bertanya beberapa soalan berkaitan fund tersebut kepada ejen unit trust (unit trust consultant). Tanyalah kepada ejen sebanyak yang mungkin supaya kita benar2 faham dan dapat mengoptimumkan manfaat pelaburan unit trust yang bakal kita buat. Ini juga dapat mengelakkan kita daripada melabur dalam produk unit trust yang tidak bersesuaian tetapi dipromosikan berlebih-lebihan oleh ejen kerana dia mendapat komisen yang tinggi daripada penjualannya.

Namun begitu, ramai dari kita tak tahu soalan apakah yang patut kita tanya pada ejen tersebut. Biasanya ejen je yang banyak bercakapnya… kita just dengar dan tanya soalan2 basic macam “Berapa jumlah minimum nak invest?” atau “Berapa banyak dan bila fund tersebut bayar dividen?” ataupun “Fund ni konvensional ke Islamic fund?”… mmm, saya tak bermaksud kita tak perlu tahu perkara2 tersebut, tapi banyak lagi perkara yang perlu kita tanya dan minta penjelasan dari ejen. Jawapan yang kita peroleh daripada ejen ini boleh membantu kita menentukan sama ada fund unit trust yang ditawarkan itu bersesuaian dengan matlamat dan objektif pelaburan kita ataupun tidak.

Di sini saya senaraikan beberapa contoh soalan cadangan yang boleh kita tanya pada ejen unit trust.. juga saya sertakan tips berkaitan soalan2 tersebut. Baca keseluruhan post ini »