Pasaran Modal Dijangka Catat Pertumbuhan Positif
Suruhanjaya Sekuriti (SC) optimistik terhadap pertumbuhan positif dalam pasaran modal tahun ini kerana memiliki faktor asas yang kukuh dan persekitaran garis panduan dan peraturan yang ketat. Pengerusi SC, Datuk Zarinah Anwar berkata, saiz pasaran modal negara tumbuh sebanyak 24 peratus kepada RM1.6 trilion pada tahun 2007 berbanding RM1.3 trilion pada tahun sebelumnya. Pasaran modal Islam pula tumbuh sebanyak 29 peratus kepada RM875 bilion pada tahun 2007 berbanding RM676 bilion tahun sebelumnya.
‘‘Kami yakin pasaran modal tempatan pada tahun ini akan mencatat pertumbuhan yang positif walaupun ia bergantung kepada pelbagai faktor ketidaktentuan ekonomi global,’’ katanya semasa mengumumkan Laporan Tahunan SC 2007 di Kuala Lumpur pada 31 Mac 2008. Baca keseluruhan post ini »











