February 12th, 2008 by Maliki
Alamak… sedar tak sedar dah dekat 2 minggu tertangguh sambungan cerita kelebihan melabur dalam skim unit trust kita. Maklumlah haritu sibuk dengan EPF update.. lepastu dah cuti CNY pulak. So dalam post ni, mari kita sambung semula…
3) Tahap Kecairan (Liquidity) Yang Tinggi.
Kebanyakan pelabur mahukan pelaburan yang mudah tunai, iaitu pelaburan tersebut mudah dijual tak kiralah sebahagian ke atau kesemua saham mereka pada bila-bila masa. Kalau pelaburan yang bagi return yang lumayan tapi tak boleh dijual dengan mudah, tak dipanggil pelaburan yang baik juga sebab paras mudah tunai yang sangat rendah merupakan faktor risiko tambahan kepada pelabur.
Sebagai contohnya, investment dalam hartanah, ianya memang antara pelaburan yang bagus dan menguntungkan jika kena srateginya. Tapi tahap liquidity nya sangat rendah, bayangkan kalau anda telah berjaya membeli sebuah rumah dikawasan bandar yang anda tahu disitu memang menjadi rebutan pembeli. Suatu hari, anda mengalami situasi dimana anda sangat2 memerlukan wang tunai, contohnya anak anda perlu menjalani pembedahan yang kritikal dan rumah tersebut satu2 nya sandaran anda untuk mendapatkan wang tunai. Bolehkah anda terus jualkan rumah itu untuk mendapatkan wang tunai dengan segera? Saya tak fikir semudah itu boleh.. mungkin anda dapat mencari pembeli dangan segera coz kawasan itu memang high demand, tapi untuk mendapatkan wang tunai hasil jualannya mungkin memakan masa dua hingga tiga bulan juga.
Disinilah kelebihan liquidity skim unit trust coz anda boleh menebus atau menjual-balik unit2 yang dipegang pada bila-bila masa dan mendapat bayarannya dengan cepat. Mengikut garis panduan skim unit trust, UTMC perlu membayar hasil daripada belian balik (repurchase) unit kepada pemegang unit secepat mungkin, selewat-lewatnya dalam tempoh 10 hari selepas menerima permohonan repurchase tersebut.
Selain tahap mudah tunai, tahap kemudahan untuk membuat urusniaga pun boleh dikira tahap liquidity juga. Jika kita direct invest dalam stock market, harga dan peluang untuk membuat urusniaga bergantung kepada penawaran dan permintaan saham pada masa itu. Sebaliknya dalam skim unit trust, unit2 boleh dibeli dan dijual dengan mudah melauli UTMC, Ejen Institusi Unit Trust ataupun ejen anda (sesetengah syarikat dipanggil unit trust consultant).
Baca keseluruhan post ini »
February 1st, 2008 by Maliki
Nampaknya kita kena stop dulu cerita kelebihan2 skim unit trust sebab mulai hari ini, 1 Februari 2008, KWSP (EPF) dah start melaksanakan struktur baru pengeluaran pelaburan untuk ahli2 nya. So, ramailah yang bertanya apa bezanya dengan sistem sebelum ni… bezanya, KWSP perkenalkan “Simpanan Asas” dari akaun 1 mengikut umur ahli. Sila download dan baca panduan KWSP (click untuk download) ini (PDF format). Kat dalam tu ada ceritanya, tak payahlah saya nak ulang cerita lagi. Senang cerita, semakin ramai pencarum KWSP dah boleh buat pengeluran dari akaun 1 untuk buat pelaburan.
OK… kalau dah baca panduan tu dan layak buat pengeluaran, bagus tu.. buat apa nak tinggalkan duit anda kat KWSP kalau return setakat 4~5% setahun je. Tunggu apa lagi.. Marilah invest dalam skim unit trust yang returnnya lebih 20% setahun.. So, kat sini saya nak bagitau macam mana procedure nak buat pengeluaran tu..senang saja…
1) Pastikan anda telah faham serba sedikit tentang pelaburan unit trust. Antaranya konsep pelaburan, objektif fund yang nak dilaburkan dan profil pelaburan anda. Macam mana nak dapatkan info-info ini? Jangan risau, anda boleh berbincang dengan ejen-ejen berdaftar yang berurusan dengan unit trust, dan pastikan mereka menerangkan perkara-perkara tersebut dengan jelas kepada anda.
2) Dapatkan nombor akaun KWSP anda. Pergi ke KWSP dan check berapa jumlah simpanan anda dalam akaun 1. Senang saja, masukkan IC anda dalam kiosk yang disediakan, selepas pengesahan cap jari, anda boleh check dan print-out status akaun anda serta merta. Kalau ada internet dan anda telah mendaftar perkhidmatan online KWSP, lagi senang, log-in di http://www.kwsp.gov.my dan anda boleh check status akaun anda.
3) Dah tahu jumlah wang anda, check pula status kelayakan dan pengiraan berapa yang boleh anda keluarkan dari akaun 1 untuk pelaburan. Seperti saya bagitau tadi, check panduan KWSP (click untuk download) tadi. Contoh pengiraan juga disediakan kat situ. Kalau tak faham juga, tanya ejen anda.
4) Setelah anda pastikan kelayakan pengeluaran anda dan jumlah yang boleh dikeluarkan, fotokopi IC anda di atas kertas putih size A4. Muka hadapan dan muka belakang IC anda hendaklah di muka yang sama diatas kertas A4 tersebut. Atasnya front side dan bawahnya back side IC.
5) Langkah seterusnya, jumpa ejen anda dan beliau akan tolong anda isikan borang-borang berkaitan. Anda akan diminta tandatangan dan cap jari (kiri & kanan) ditempat-tempat yang berkenaan. Jangan lupa pula bawa sekali fotokopi IC anda tadi sebab kat situ pun kenan cap jari. Nombor akaun KWSP pun kena ingatlah. Ink cap jari ejen anda akan sedia kan, jangan risau.
6) Dah selesai.. sekarang anda serahkan kepada ejen anda untuk langkah-langkah seterusnya. Setelah pihak KWSP meluluskan permohonan pengeluaran anda dan wang anda diterima oleh pihak pengurusan unit trust yang anda sertai, mereka akan menghantar surat pemberitahuan penerimaan pelaburan anda. Antara lain yang dinyatakan ialah nombor akaun fund yang anda sertai, jumlah wang yang diterima dan jumlah unit yang diperolehi. Dengan ini, anda telah secara rasminya menyetai skim unit trust melalui pengeluaran pelaburan ahli KWSP. Tahniah!
Beberapa tips dan peringatan untuk memudahkan urusan anda.
(a) Pastikan fotokopi IC anda jelas. Boleh dibaca. Tidak overlap antara muka depan dan muka belakang IC anda. Tidak terputus, imej IC anda tidak diletakkan terlalu ketepi kertas A4 hingga terputus imejnya.
(b) Untuk elakkan fotokopi jadi kabur, jangan fotokopi daripada kertas fotokopi IC anda (duplicate copy).
(c) Isi borang dengan ballpen hitam sahaja. Lain color tak boleh.
(d) Cap jari (ibu jari kiri dan kanan) mesti jelas. Kawan saya tanya kalau takde ibu jari camner? Alamak!! saya pun tak boleh jawab lagi… nanti saya refer orang yang lebih layak atau KWSP sendiri..
(e) Sila bulatkan amaun pengeluaran KWSP anda. Contohnya RM2593.80, lebih baik dijadikan RM2590.00 (bulatkan ke amaun yang rendah). Ini akan memudahkan kakitangan KWSP memproses permohonan anda.
(f) Seboleh yang mungkin, jangan tandatangan dan cap jari untuk borang pengeluaran KWSP yang akan datang (dont sign & thumbprint your future EPF form in advance). Biarlah ejen anda buat kerja sikit untuk anda di masa depan.
(g) Kalau belum lagi daftar perkhidmatan online KWSP, dah terlanjur anda pergi ke KWSP tu daftar lah siap2. Nanti 3 bulan akan datang bila anda boleh keluarkan lagi wang KWSP untuk pelaburan, tak payah le nak pergi ke KWSP lagi… check kat online je lah amaun akaun KWSP anda.
OK… hopefully anda dapat faedah dari posting ni… Selamat melabur dalam unit trust.
——— Update ——–
Anda boleh menggunakan kalkulator di web KWSP untuk mendapatkan anggaran jumlah simpanan anda yang boleh dikeluarkan dari simpanan KWSP anda untuk tujuan pelaburan.
—————————–
January 28th, 2008 by Maliki
Setelah kita tahu apa itu unit trust. Mari kita lihat pula apa yang best sangat melabur dalam skim unit trust ni?
Bagi orang biasa macam saya ni, mana le ada skill atau masa untuk buat penyelidikan dan analisis stock market. Anda semua pun tau kan, nak mengendalikan portfolio pelaburan yang dipegang secara direct ni, setiap individu tu perlu tau banyak maklumat dan sentiman pasaran terkini. Tambahan pula, sekarang ni pasaran kewangan bergerak semakin pantas dan canggih, maknanya kita perlu sentiasa follow perkembangan pelbagai maklumat dari pelbagai sumber.
Contohnya, dalam beberapa hari sebelum hari Thaipusam yang lepas, pasaran saham Malaysia telah mengalami kejatuhan yang ketara. Then, apabila Rizab Persekutuan US umumkan penurunan kadar faedah sebanyak 75 mata asas, barulah bursa Malaysia dan beberapa pasaran utama dunia yang lain pulih dan naik semula…hmm, info2 macam ni pun kita kena ambil tahu kalau kita direct invest dalam stock market.
Kesimpulannya, nak buat semua benda2 ni bukannya mudah, orang Kedah kata keja khenyah.. pastu pulak makan masa dan kos yang tinggi. So, skim unit trust le cara paling ideal untuk melabur. Dalam unit trust, beban keja2 khenyah tadi kita alihkan kepada orang2 yang pro dalam mengendalikan investment iaitu UTMC.
Selain daripada tu, beberapa faedah utama melabur dalam skim unit trust ni adalah seperti berikut.
1) Kepelbagaian : Diversification.
Sebelum ni pun saya dah sebutkan, kalau kita bersendirian direct invest dalam stock market, dengan modal yang kecil, berapa stock kita boleh beli?.. itu belum tanya lagi berapa kauter kita boleh beli? Kat sini le kelebihan skim unit trust. Dengan pengumpulan dana yang lebih besar, UTMC boleh membeli pelbagai jenis pelaburan. Jadi, dengan modal yang sedikit pelabur dalam unit trust berpeluang menyertai lebih banyak sektor berbanding yang dibuat secara persendirian. Kepelbagaian pelaburan boleh mengurangkan risiko kepada pelabur-pelabur. Kerugian di beberapa kaunter boleh diimbangi oleh keuntungan diperolehi di kaunter lain. Sekiranya pelabur melabur dalam beberapa dana iaitu tidak terhad kepada satu dana sahaja, pelabur akan meminimumkan risikonya.
2) Pengurusan Profesional.
Keputusan pelaburan dana dalam skim uni trust dibuat oleh pengurus dana yang profesional. Mereka ini mempunyai skill dan pengalaman dalam menguruskan pelaburan. Kita akan mendapat faedah ini berbanding pelabur perseorangan yang mungkin membuat pelaburan secara rambang. Pengurus dana profesional ini akan sentiasa mengawasi prestasi pelaburan kita dan memastikan wang kita dilaburkan sebaik mungkin berdasarkan maklumat yang telah dikajiselidik.
Bersambung di next post…
January 23rd, 2008 by Maliki
Sebelum kita melabur dalam skim unit trust ni, lebih baik kita faham dulu apa itu unit trust?. Dari segi bahasa, dalam Bahasa Malaysia disebut “Amanah Saham” ataupun sekarang disebut “Unit Amanah”. Kalau English disebut “Unit Trust”. Ada di setengah2 negara unit trust ni juga disebut “Mutual Fund”…contohnya macam kat US dan Canada. Di Australia dan New Zealand pulak diaorang panggil “Managed Fund”.
Dari segi definisi, menurut Persekutuan Pengurus Unit Amanah Malaysia atau lebih dikenali FMUTM (Federation of Malaysian Unit Trust Managers) : Skim unit amanah atau “unit trust scheme – UTS” merupakan suatu bentuk pelaburan kolektif yang membolehkan pelabur-pelabur yang mempunyai ojektif pelaburan yang sama mengumpulkan wang mereka, dan kemudian dilaburkan ke dalam portfolio sekuriti atau aset lain yang diuruskan oleh profesional pelaburan.
Secara mudahnya, kita ramai-ramai masukkan duit kita kat satu dana yang diuruskan oleh suatu syarikat pengurusan dana yang dipanggil “Syarikat Pengurusan Unit Amanah” atau ringkasnya UTMC (Unit Trust Management Company). UTMC ini pula akan laburkan duit kita dalam pelbagai portfolio yang diluluskan seperti sekuriti, bond ataupun aset2 lain dalam syarikat2 yang tersenarai di Bursa Malaysia atau pasaran ekuiti di luar negara. UTMC ini mestilah yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti (Securities Commission – SC) dan terikat dengan beberapa akta perundangan. Selain daripada SC, beberapa pihak2 lain juga terlibat dalam mengawal-selia industri skim unit trust ini demi menjaga kepentingan pelabur2, antaranya ialah Pemegang Amanah (Trustees), Juruaudit (Auditors), FMUTM dan Kementerian Kewangan. Yang penting kat sini, syarikat2 tu “diluluskan”. Kalau yang tak lulus tu… kita panggil skim cepat kaya, Pak Man Telo.. swiss cash.. ponzi..mcm2 lagi.. :) ..yang ni jangan cuba2 nak masuk le…
Dalam skim unit trust, pelabur2 tak membeli sekuriti/stocks secara direct dalam portfolio. Pemilikan dana (portfolio) akan dibahagikan kepada unit dan pelabur2 dikenali sebagai ‘pemegang unit’ (unit-holders).Pelabur2 bukannya pemegang saham dlm sesuatu syarikat yang dilaburkan, sebaliknya merupakan benefisiari di bawah amanah yang duwujudkan oleh UTMC. Mengikut perlembagaan atau ’surat ikatan’ (the deed) skim unit trust, mesti terdapat pemegang amanah (trustee) untuk menjaga kepentingan pelabur. Trustee adalah pemilik sah ke atas semua aset dalam skim unit trust bagi pihak pemegang unit.
Nilai atau harga satu unit dalam skim unit trust dikenali sebagai “Nilai Aset Bersih” atau “Net Asset Value – NAV” per share. Satu unit dalam skim unit trust merupakan ‘bahagian’ berkadar daripada jumlah perlaburan yang terkumpul. Jadi, apabila nilai pelaburan dalam portfolio skim unit trust meningkat atau menurun, maka NAV juga akan turut meningkat atau menurun. Dalam beberapa skim yang ditaja oleh kerajaan (contohnya ASB) dimana portfolio tak tertakluk kepada perubahan nilai, NAV ditetapkan pada RM1.00. Tak seperti dalam stocks, dimana harga boleh berubah-ubah pada setiap kali urus-niaga, NAV bagi sesuatu unit trust fund hanya dikira pada setiap penutup hari urus-niaga. Jadi NAV sesuatu fund akan disebut-harga/disiarkan di suratkhabar2 utama atau halaman web UTMC berkenaan pada keesokan hari urus-niaga.
Pulangan atau ‘returns’ pelaburan adalah gabungan pembayaran pendapatan tetap dipanggil ‘agihan’ (cash distribution) dan tambahan nilai modal (capital gains) melalui pecahan unit (unit split). Pernah dengar perkataan ‘dividen’?… dividen tu ‘Agihan’ lah..
Skim unit trust memberi peluang pelaburan untuk pelabur2 kecil mengakses dengan mudah pelbagai jenis pelaburan yang pada kebiasaannya sukar diakses. Bayangkan kalau kita nak invest secara langsung atau membeli stock dalam sesuatu syarikat ‘blue-chip’ yang besar seperti TNB, Telekom, Maxis etc…berapa puluh ribu ringgit kita kena ada untuk membeli satu lot stock… itu belum kira kos broker saham dan lain2 lagi. Tapi dengan skim unit trust, kita berpeluang melabur dalam stock2 ni, bukan setakat satu syarikat malah dalam pelbagai syarikat. Inilah yg dipanggil kepelbagaian atau “diversification’ yang mana dapat mengurangkan risiko kalau melabur dalam satu portfolio sahaja.
Dengan risiko yang agak berpatutan, kebanyakan pulangan pelaburan untuk jangka masa sederhana dan panjang (lebih dari 5 tahun) dalam skim unit trust adalah lebih tinggi daripada pulangan daripada akaun biasa dan deposit tetap (fixed deposit – FD).