Ramai pelabur unit trust dan UTC sendiri agak keliru dengan pengiraan Sales Charge ataupun sesetengahnya panggil Service Charge. Setiap kali datang statement, mesti beberapa angka dalam statement tu tak dapat dikira dengan tepat. Statement salah print ker? Atau bagaimana pengiraan yang sebenar?
So, untuk memahami pengiraan sebenar Sales Charge pelaburan unit trust anda, saya tunjukkan contoh dari actual statement dari pelaburan yang saya buat dalam dana PIOF, Public Mutual baru-baru ini. Ini ialah gambar statement tersebut. (click gambar untuk enlarge)
Saya hanya bayar RM1000.00 untuk first time invest dalam dana tersebut.
Kebiasaannya, pelabur dan UTC sendiri akan kira begini,
Total Sales Charge = Bayaran X Sales Charge (%)
= RM1000.00 X 5.5%
= RM55.00
Jadi, Amount Invested = RM1000.00 – RM55.00
= RM945.00
Total Units (Jumlah unit yang dapat) = Amount Invested / NAV
= RM945.00 / RM0.2191
= 4313.099 unit
Ataupun kiraan yang dipermudahkan,
Total Units = (RM1000.00 – 5.5%) / RM0.2191
= 4313.099 unit
Sebenarnya ini adalah kiraan yang salah. Buktinya, nilai dari pengiraan diatas tak sama dengan nilai dalam statement tadi. Di statement tu tulis Sales Charge RM52.13, so kalau kira dengan cara diatas, sales charge tak sampai 5.5% lah kan (RM52.13/RM1000.00 X 100% = 5.213% saja).
Mengapa jadi begini? Saya pernah bertanya pada UTC lain, jawapan mereka ialah “dalam prospektus tu ada tulis charge SEHINGGA 5.5%, jadi Public Mutual bagi discount lah.. charge kurang dari 5.5%”. Hmmm… memang betul dalam prospektus ada tulis perkataan SEHINGGA tu tapi, dalam statement tak ada. Statement mestilah tepat dan telus… ini undang-undang. So, bagaimana kiraan yang betul?
Sebenarnya, sales charge dikira keatas “Amount Invested” bukanya keatas “Amount Paid atau Jumlah Bayaran”. Bagaimana nak kira Amount Invested ni?
Begini, formula asasnya :
Amount Invested = Amount Paid – Total Sales Charge.
Unit Credited (unit yang dapat) = Amount Invested / NAV per unit
Total Sales Charge = Sales Charge per unit X Unit Credited
Sales Charge per unit = NAV per unit X Sales Charge (%)
Sebelum kita kira, mari kita main dengan matematik sikit untuk memudahkan formula diatas.
Amount Invested = Amount Paid – Total Sales Charge
= Amount Paid – (Sales Charge per unit X Unit Credited)
= Amount Paid – (Sales Charge per unit X [Amount Invested / NAV per unit])
= Amount Paid – ([NAV per unit X Service Charge] X [Amount Invested / NAV per unit])
= Amount Paid – (Sales Charge X Amount Invested)
Jadi,
Amount Invested + (Sales Charge X Amount Invested) = Amount Paid
Amount Invested X (Sales Charge + 1) = Amount Paid
Amount Invested = Amount Paid / (Sales Charge + 1)
Berdasarkan gambar statement saya diatas, Amount Paid=RM1000, Sales Charge=5.5% dan NAV=RM0.2191.
Jadi,
Amount Invested = Amount Paid / (Sales Charge + 1)
= RM1000.00 / (5.5% + 1)
= RM1000.00 / 1.055
= RM 947.87 <—- sama dengan statement.
Total Sales Charge = Sales Charge (%) X Amount Invested
= 5.5% X RM947.87
= RM52.13 <—- sama dengan statement.
Unit Credited (unit yang dapat) = Amount Invested / NAV per unit
= RM947.87 / RM0.2191
= 4326.19 unit <—- sama dengan statement.
Sekarang macam mana? Pening kepala atau sudah faham? Diharapkan anda dapat faham tips mudah pengiraan ini. Walaupun nampak sikit je perbezaan unit dari contoh tadi, tapi harus diingat itu saya bayar RM1,000.00… kalau RM100,000.00? mesti banyak bezanya kan. Paling penting untuk UTC, anda mesti dapat menjelaskan kiraan sebenar pada customer anda jika mereka bertanya.
t.kasih for the info..
saya bukan utc, tapi ada invest dlm beberapa fund public mutual.
skrg sy dah mula faham w/pun pening jugak nak kira formula yg saudara bagi dia atas. selama ni dapat statement, belek2, kira tolak bahagi.. lepas tu pening.. tapi formula di atas begitu membantu.. t.kasih…
t.q..
formula yg saudara bg tu mmg byk mbantu..
selama ni sy pun tak tau camner nk buat pgiraan spt statement yg selalu sy dpt tu..
tq ye.
saya dah 3 tahun menyertai unit trust PMutual. tapi saya rasa caj yang dikenakan oleh PMutual sebanyak 5.5% adalah tinggi. boleh tak En cadangkan di sini unit trust yang rendah caj perkhidmatannya..
Azian, sebenarnya bukan Public Mutual sahaja, kebanyakan unit trust dalam kategori dana ekuiti di Malaysia mengenakan caj jualan 5%~6.5%. Jika dibandingkan dengan negara2 maju, memang agak tinggi caj tersebut. Setakat yang saya jumpa, beberapa dana ekuiti dari CIMB-P Islamic Asset Mgmt contohnya dana CIMB-I Equity Aggressive mengenakan caj jualan 5%. Tapi saya taktau lah pulak performance dana2 tersebut.
boleh bagi formula bagaimana wang yang dilaburkan berkembang selama 20 tahun?starting amount rm 1k.monthly invest rm 100.selepas 20 tahun berapakah jumlah yang ada berdasarkan purata pulangan public mutual sebelum ini.contoh public ittikal.