Sebelum kita menyertai atau invest dalam sesuatu unit trust fund, kita hendaklah bertanya beberapa soalan berkaitan fund tersebut kepada ejen unit trust (unit trust consultant). Tanyalah kepada ejen sebanyak yang mungkin supaya kita benar2 faham dan dapat mengoptimumkan manfaat pelaburan unit trust yang bakal kita buat. Ini juga dapat mengelakkan kita daripada melabur dalam produk unit trust yang tidak bersesuaian tetapi dipromosikan berlebih-lebihan oleh ejen kerana dia mendapat komisen yang tinggi daripada penjualannya.
Namun begitu, ramai dari kita tak tahu soalan apakah yang patut kita tanya pada ejen tersebut. Biasanya ejen je yang banyak bercakapnya… kita just dengar dan tanya soalan2 basic macam “Berapa jumlah minimum nak invest?” atau “Berapa banyak dan bila fund tersebut bayar dividen?” ataupun “Fund ni konvensional ke Islamic fund?”… mmm, saya tak bermaksud kita tak perlu tahu perkara2 tersebut, tapi banyak lagi perkara yang perlu kita tanya dan minta penjelasan dari ejen. Jawapan yang kita peroleh daripada ejen ini boleh membantu kita menentukan sama ada fund unit trust yang ditawarkan itu bersesuaian dengan matlamat dan objektif pelaburan kita ataupun tidak.
Di sini saya senaraikan beberapa contoh soalan cadangan yang boleh kita tanya pada ejen unit trust.. juga saya sertakan tips berkaitan soalan2 tersebut.
CONTOH SOALAN 1: Unit trust fund ni berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti (SC) ke tak?
TIPS: Kalau UTC tu dari established company macam Public Mutual, tak payah le tanya soalan ni.. Tapi kalau UTC yang promote fund tu datang dari company yg kita tak pernah dengar, mesti kena tanya. Semua fund unit trust mestilah didaftarkan dengan SC. Cara paling senang ialah minta prospektus fund tu.. Kalau lagi nak confirm, boleh call SC di 03-6204 8000 dan minta untuk disambungkan kepada Jabatan Tabung Amanah dan Pengurusan Pelaburan. Soalan ni penting coz kita taknak wang hasil titik peluh kita boleh lesap macam yang masuk Swiss Cash fund tu..
CONTOH SOALAN 2: Dah lama ke syarikat unit trust (UTMC) ni beroperasi? You cakap boleh dapat return sebanyak tadi tu, boleh tunjuk tak rekod atau prestasi syarikat ni?
TIPS: Kita sebagai pelabur mesti memeriksa latar belakang sesuatu syarikat unit trust. Kalau fund tu guna outside fund manager (iaitu fund investment diuruskan oleh pengurus dana luar), fund manager tersebut pun kita perlu check latar belakangnya. Dapatkan rekod prestasi dan pengalaman mereka. Kita mesti berusaha untuk mengenali mereka yang akan diamanahkan untuk melaburkan wang kita… tersilap orang, boleh lebur wang kita.
CONTOH SOALAN 3. (setelah anda dijelaskan berkaitan sesuatu fund)…Ok, saya dah faham sedikit sebanyak pasal fund ni..tapi fund ni sesuai ke dengan saya?
TIPS: Tujuan soalan ini adalah untuk mempastikan fund yang bakal kita laburkan itu bersesuaian dengan matlamat dan objektif pelaburan kita. Hanya kita sendiri yang tahu matlamat & objektif kita melabur, ejen hanyalah membantu memilih fund yang bersesuaian. Jadi, sebelum kita bertanya soalan ini, kita mesti mengetahui dan yakin mengenai matlamat & objektif pelaburan kita dan kesanggupan kita untuk menghadapi risiko pelaburan. Risiko pelaburan pada umumnya ialah keadaan yang mungkin berlaku dan menyebabkan anda menanggung kerugian. Dalam pasaran sekarang ni terdapat berbagai jenis fund dan setiap satu ada manfaat dan risiko tersendiri (biasanya fund yang menjanjikan pulangan tinggi, risikonya pun tinggilah juga). Oleh itu, penting bagi kita untuk memahami fund yang ditawarkan dan memilih fund yang benar2 sesuai dengan objektif pelaburan dan kesanggupan kita menghadapi risiko. Contohnya, jika kita nak kan pendapatan yang konsisten, kita perlu melabur dalam fund yang menyediakan pulangan konsisten. Sebenarnya, bab bagaimana untuk menentukan matlamat pelaburan dan memilih fund yang sesuai adalah satu bab yang agak panjang, jadi saya akan ceritakan di lain masa. Apa yang nak ditekankan disini ialah jangan membiarkan diri dipaksa oleh mana2 ejen untuk melabur dalam fund yang tidak bersesuaian dengan kita.
CONTOH SOALAN 4: Invest dalam fund ni, kena bayar caj atau bayaran lain tak?
TIPS: Melabur dalam unit trust fund ni sama je dengan investment yang lain iaitu dikenakan sedikit caj. UTMC mungkin mengenakan bayaran, seperti caj jualan (ataupun disebut initial charge atau entrance charge atau upfront charge), bayaran pengurusan, bayaran pemegang amanah dan caj-caj lain yang berkaitan. Dapatkan semua penjelasan ini daripada ejen.
CONTOH SOALAN 5: Dimanakah wang yang saya masukkan dalam fund tersebut akan dilaburkan?
TIPS: Biasanya unit trust fund ada beberapa kategori, antaranya equity fund, balance fund, bond, money market dan sebagainya. Setiap fund ini ada strategi pelaburannya sendiri. Contohnya, bagi equity fund, kebanyakan wang atau aset fund itu dilaburkan dalam stock market/pasaran saham. Bond fund pula melaburkan kebanyakan wangnya dalam produk bond. Penting bagi kita mengetahui dimanakah fund tersebut akan melabur kerana ianya mempunyai implikasi terus ke atas toleransi risiko pelabur. Jika fund tu melabur dalam pelaburan berisiko tinggi, secara automatik fund unit trust kita akan jadi pelaburan berisiko tinggi juga. Ini ada kaitannya dengan soalan 3 tadi.
…mmm, ada lagi beberapa soalan penting kita perlu tanya… saya akan continue di next post…
Post lain yang berkaitan topik ini :
good explaination…hope u will continue this post…
tq
Soalan-soalan yg bagus dan tepat untuk ditanya, sy nak tambah kalau ejen mcm nak tak nak je jawab soalan2 tu dan lebih nak suruh kita sign up dgn dia lebih baik kita angkat kaki cari ejen lain.
Sekian,
Step by Step Golf Swing
thanks for the information…help me to understand better about unit trust…keep up the good work and continue be a best teacher :)
Salam…
1) Jz for the confirmation, unit trust yg saudara bincangkan ini adakah one of them is Public Mutual oleh Public Bank?
2) Agak berminat untuk melabur tp setelah membaca beberapa artikel internet, it more like bermain saham diamana risiko kehilangan wang pelaburan tersebut. adakah ini benar?
3) Adakah Public Mutual(Public Bank) or Unit Trust(CIMB/RHB) seperti melabur dgn ASB? dimana salah satu senarionya, hanya meletakkan sejumlah wang dan tanpa pengeluaran, kite akan menikmati dividen bonus selepas setahun.
Diharap dapat membantu saya dlm perkara2 diatas.
terima kasih.
salam…
perkara pertama yang saya ingin tanya ialah:
adakah pelaburan unit trust ini merupakan pelaburan yang mengikuti kehendak syarak?
iaitu tidak mengandungi unsur-unsur riba atau gharar atau lain-lain yang berkaitan dengan konvensional banking?
amat penting untuk saya mengetahui tentang ini..
diharapkan dapat diberi penjelasan tentang persoalan ini kerana bukan saya seorang yang tahu tentang perkara ini..
salam….
Thanks Faiz. Insyaallah saya akan continue dlm masa terdekat.