Sebelum kita melabur dalam skim unit trust ni, lebih baik kita faham dulu apa itu unit trust?. Dari segi bahasa, dalam Bahasa Malaysia disebut “Amanah Saham” ataupun sekarang disebut “Unit Amanah”. Kalau English disebut “Unit Trust”. Ada di setengah2 negara unit trust ni juga disebut “Mutual Fund”…contohnya macam kat US dan Canada. Di Australia dan New Zealand pulak diaorang panggil “Managed Fund”.
Dari segi definisi, menurut Persekutuan Pengurus Unit Amanah Malaysia atau lebih dikenali FMUTM (Federation of Malaysian Unit Trust Managers) : Skim unit amanah atau “unit trust scheme – UTS” merupakan suatu bentuk pelaburan kolektif yang membolehkan pelabur-pelabur yang mempunyai ojektif pelaburan yang sama mengumpulkan wang mereka, dan kemudian dilaburkan ke dalam portfolio sekuriti atau aset lain yang diuruskan oleh profesional pelaburan.
Secara mudahnya, kita ramai-ramai masukkan duit kita kat satu dana yang diuruskan oleh suatu syarikat pengurusan dana yang dipanggil “Syarikat Pengurusan Unit Amanah” atau ringkasnya UTMC (Unit Trust Management Company). UTMC ini pula akan laburkan duit kita dalam pelbagai portfolio yang diluluskan seperti sekuriti, bond ataupun aset2 lain dalam syarikat2 yang tersenarai di Bursa Malaysia atau pasaran ekuiti di luar negara. UTMC ini mestilah yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti (Securities Commission – SC) dan terikat dengan beberapa akta perundangan. Selain daripada SC, beberapa pihak2 lain juga terlibat dalam mengawal-selia industri skim unit trust ini demi menjaga kepentingan pelabur2, antaranya ialah Pemegang Amanah (Trustees), Juruaudit (Auditors), FMUTM dan Kementerian Kewangan. Yang penting kat sini, syarikat2 tu “diluluskan”. Kalau yang tak lulus tu… kita panggil skim cepat kaya, Pak Man Telo.. swiss cash.. ponzi..mcm2 lagi.. :) ..yang ni jangan cuba2 nak masuk le…
Dalam skim unit trust, pelabur2 tak membeli sekuriti/stocks secara direct dalam portfolio. Pemilikan dana (portfolio) akan dibahagikan kepada unit dan pelabur2 dikenali sebagai ‘pemegang unit’ (unit-holders).Pelabur2 bukannya pemegang saham dlm sesuatu syarikat yang dilaburkan, sebaliknya merupakan benefisiari di bawah amanah yang duwujudkan oleh UTMC. Mengikut perlembagaan atau ‘surat ikatan’ (the deed) skim unit trust, mesti terdapat pemegang amanah (trustee) untuk menjaga kepentingan pelabur. Trustee adalah pemilik sah ke atas semua aset dalam skim unit trust bagi pihak pemegang unit.
Nilai atau harga satu unit dalam skim unit trust dikenali sebagai “Nilai Aset Bersih” atau “Net Asset Value – NAV” per share. Satu unit dalam skim unit trust merupakan ‘bahagian’ berkadar daripada jumlah perlaburan yang terkumpul. Jadi, apabila nilai pelaburan dalam portfolio skim unit trust meningkat atau menurun, maka NAV juga akan turut meningkat atau menurun. Dalam beberapa skim yang ditaja oleh kerajaan (contohnya ASB) dimana portfolio tak tertakluk kepada perubahan nilai, NAV ditetapkan pada RM1.00. Tak seperti dalam stocks, dimana harga boleh berubah-ubah pada setiap kali urus-niaga, NAV bagi sesuatu unit trust fund hanya dikira pada setiap penutup hari urus-niaga. Jadi NAV sesuatu fund akan disebut-harga/disiarkan di suratkhabar2 utama atau halaman web UTMC berkenaan pada keesokan hari urus-niaga.
Pulangan atau ‘returns’ pelaburan adalah gabungan pembayaran pendapatan tetap dipanggil ‘agihan’ (cash distribution) dan tambahan nilai modal (capital gains) melalui pecahan unit (unit split). Pernah dengar perkataan ‘dividen’?… dividen tu ‘Agihan’ lah..
Skim unit trust memberi peluang pelaburan untuk pelabur2 kecil mengakses dengan mudah pelbagai jenis pelaburan yang pada kebiasaannya sukar diakses. Bayangkan kalau kita nak invest secara langsung atau membeli stock dalam sesuatu syarikat ‘blue-chip’ yang besar seperti TNB, Telekom, Maxis etc…berapa puluh ribu ringgit kita kena ada untuk membeli satu lot stock… itu belum kira kos broker saham dan lain2 lagi. Tapi dengan skim unit trust, kita berpeluang melabur dalam stock2 ni, bukan setakat satu syarikat malah dalam pelbagai syarikat. Inilah yg dipanggil kepelbagaian atau “diversification’ yang mana dapat mengurangkan risiko kalau melabur dalam satu portfolio sahaja.
Dengan risiko yang agak berpatutan, kebanyakan pulangan pelaburan untuk jangka masa sederhana dan panjang (lebih dari 5 tahun) dalam skim unit trust adalah lebih tinggi daripada pulangan daripada akaun biasa dan deposit tetap (fixed deposit – FD).
Post lain yang berkaitan topik ini :
bagus lah penerangan kamu tu
terima kasih..drpd penerangan kamu tu baru la sy fhm serba sedikit ttg unit trust..
Salam, hai
Boleh saya bagi penerangan unit trust CIMB Wealthy Advisors..
Salam!
Silakan…
bole nak amik info dalam nie untuk dikongsi bersama?
saya telah melabur dalam piadf sbyk rm 1500.semasa saya melabur 0.26 seunit pada 2008.jadi keadaan sekarang 0.20+++ dalam masa tiga tahun tidak pernah melepasi 0.26.pertanyaan saya adakah saya dapat keuntungan kalau saya tunggu sampai 5 tahun tapi harga tidak pernah melepasi semasa saya beli dulu dan setiap tahun kewangan adakan di bagi bayaran dividen
findown, kalau buat ringgit cost averaging insyaAllah ada keuntungan. tapi kalau memang letak 1500 tu tak tambah2, better tunggu dia naik semula ke 0.26 atau lebih supaya boleh cover service charge. boleh refer fund performance kat sini http://www.publicmutual.com.my.....fundreview
susah benor teman nk paham bnd2 cmni..initail kn bayo bape klu nk msk?komitmen bulan kn baper?
Apa yg susah benornye… Kamu nak masuk, esok aku bawak borangnyer… Anyway, initial RM1000 both cash or KWSP. Bulan2 tu, ikut kamu ler, tak nak buat buat bulan2 pun takpe… kalau nak, minimum RM100. Tapi kalau KWSP, tiap 3 bulan boleh keluarkan utk invest unit trust, minimum RM1000.
saya pernah melabur kat public mutual. tapi ilmu tak banyak. hanya labur dan tunggu, macam labur kat ASB aje. turun naik harga pasaran pun tak amik tau.sekarang dah jual balik semua. tapi ingat nak labur semula kat CIMB unit trust. sebab dia ada tunjuk naik turun keuntungan yang pelabur akan dapat untuk jual semula.
Cuma nak tanya pada Tuan Maliki unit mana yang sesuai untuk labur dan masanya. Cara nak switching?
salam…sy ade melabur dlm CIMB unit trust tpi untung rugi tak berapa faham. klu sy biarkan untuk jangka panjang adakah sy akan dpt untung drp dividen spanjang tempoh 2. simpanan ape yg bleh sy invest yg bleh bgi pulangan 12% keatas..
kalau nak melabur dalam unit rust kena untuk jangka masa panjang.
Bukan untuk cepat kaya.
Tapi kalau kena pada marketnya, cepat juga pulangannya.
Switching adalah untuk kita maximise kan pelaburan client atau cut-loss bila ada krisis ekonomi untuk menyelamatkan pelaburan client.
mcm mne nk join jd member buat pelaburan dengan unit trust nie?mcm mne cara nye….?bpe banyak modal nye?ade kah tiap2 bulan dapt?