Assalamualaikum! & Hello!
Selamat datang! Welcome! to My Unit Trust blog.
UNIT TRUST tu apa dia? UNIT AMANAH tu apa pulak? OK ke melabur dalam unit trust? Boleh dapat untung ke? Safe ke invest kat unit trust fund ni? Haaa.. itulah antara soalan2 yang selalu kita dengar bila ada orang cakap2 pasal unit trust ataupun unit amanah ni (dulu disebut juga amanah saham). Walaupun lebih 50 tahun dah industri unit trust ni bertapak kat Malaysia, malahan kita diantara negara2 awal yang melancarkan skim unit trust dirantau ini, tapi masih ramai lagi yang tak sedar kelebihan atau faedah melabur dalam unit trust ni. Mungkin sebab tak banyak pendedahan ataupun kalau tahu pun, ramai yang nak cari jalan mudah nak cepat kaya… biasalah, siapa yang tak mahu cepat kaya… saya pun nak jugak.. sebab tu lah ramai tak mahu invest dalam unit trust ni sebab unit trust adalah investment untuk jangkamasa sederhana dan panjang (5 tahun dan keatas).
So, di My-Unit-Trust.Com ni, saya akan bincangkan dengan detail industri unit trust kat Malaysia. Banyak tips dan rahsia2 yang akan saya share untuk kita semua menjana wang dengan melabur dalam unit trust ni. Saya bukanlah expert, background saya pun bukannya dari bidang investment, business, financial ataupun ahli ekonomi.. tapi disebabkan minat dan kesedaran untuk memperbaiki mutu kewangan sendiri, saya mula mempelajari selok-belok perancangan kewangan. Salah satu nya ialah dalam unit trust investment.
Saya mula menyertai unit amanah (unit trust) ni pada tahun 2001, dalam ASB… masa tu tak tahu pun yang ASB ni sejenis unit trust… memang le tahu nama nya amanah saham… tapi detail konsep amanah saham atau unit trust ni tak tahu pun. Just masuk untuk saving biasa je.. lagi pun ada kawan2 bagitau boleh dapat pulangan 10% tiap2 tahun…itu yang excited masuk tu…alahh, bukan banyak sangat duit yang saya masuk tu…lagipun saya dulu bukannya berdisplin sangat saving ni…
Tapi, beberapa tahun lepas… ada le cakap2 dan email yg tersebar luas mengatakan yang ASB ni tak ikut syariah (senang cakap, tak 100% halal le duit dividen dan bonus yang dapat dari ASB tu).. masa nak masuk dulu tak pernah check pun… biasa la, goverment punya skim… rasa2 macam safe je..so, sebagai seorang Islam, saya pun terdetik jugalah dgn isu ni… yelah, rezeki yang kita makan minum tu akan jadi darah daging kita.. kalau halal puncanya berkatlah… tapi kalau haram??? Start dari haritu saya mula check & tanya kawan2 untuk confirm kan kesahihan cerita ni… akhirnya memang sah le ASB ni tak 100% ikut prinsip syariah… menurut laporan tahunan 2005, ASB telah melabur lebih 30% dalam perbankan konvensional. ASB juga tidak pernah dibincangkan oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan tidak tersenarai di dalam senarai kaunter Syariah Bursa Malaysia. Namun begitu Majlis Fatwa negeri2 mempunyai respond yang berbeza-beza dengan isu ini. Berikut antara rujukan yang boleh anda baca :-
1) http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=224&Itemid=95
2) http://mufti.perak.gov.my/kemusykilan/asn.pdf
3) http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=952
4) http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=1155
Berbalik pada tujuan saya buat blog ni… adalah untuk share pengalaman & pengetahuan tentang industri unit trust kat Malaysia…terutamanya yang berlandaskan syariah. Selain pengalaman saya sendiri, saya juga akan share info yang saya baca, tak kiralah dari buku ke magazine, internet atau lain2… dan mungkin juga pengalaman expert2 unit trust yang pernah saya jumpa kepada anda semua. Selain daripada unit trust, saya juga akan update berita2 terkini tentang financial, ekonomi semasa dan juga perancangan kewangan.
Saya banyak juga surf internet dan cari kat kedai2 buku pasal unit trust ni, tapi apa yang saya dapat kebayakannya dalam English dan banyak dari oversea… kalau yang dari oversea tu, taklah sesuai sangat untuk kita kat Malaysia ni sebab rules & regualations tak sama dengan industri unit trust kat Malaysia..Ada le satu dua webpage dalam Bahasa Malaysia, tapi istilah2 yang digunakan agak formal..susah sikit le nak paham.
Di My-Unit-Trust.Com ni, saya minta maaf siap2 ye..saya akan tulis dengan cara informal dan mix Bahasa Malaysia dan English.. sebabnya, banyak words dalam industri unit trust ni dalam English, tapi saya bukannya pandai sangat nak explain balik dalam English.. nak translate lagi le susah.. so, penyelesaiannya ialah mix.. tak kisah le orang kata bahasa rojak… yang penting message atau info nak disampaikan tu, boleh difahami.
OK.. kalau saya saja yang cerita, mana best.. so, saya sangat2 mengalu-alukan penyertaan anda semua.. anda boleh bagi comments, tanya soalan ataupun nak kongsi pengalaman & pengetahuan anda mengenai unit trust ni… tak kiralah dalam BM ke English ke.. walaupun saya nak fokus pada unit trust yang berlandaskan Syariah (Islamic funds), tapi yang bukan Islam pun boleh join jugak.. mungkin kat sini anda dapat memahami serba sedikit system kewangan/ekonomi Islam.. So, harap2 semua orang akan mendapat faedah dari blog ini.
Jika anda baru melawat ke sini, sila subscribe RSS feed supaya anda tidak terlepas membaca post-post yang akan datang. Terima Kasih!
Buku tulisan saya “[b]Rahsia Melabur Dalam Unit Amanah[/b]” boleh membantu. Boleh dipesan atau dibeli dari MPH, Popular atau terus dari penerbit PTS. Buku ini dipilih antara 10 buku Non-fiksyen Melayu Berita Harian-Popular.
http://ilmudigital.blogspot.co.....erita.html
Sunthara Segar
Writer,Marketing and Copywriting Consultant
http://ilmudigital.blogspot.com
Kolumnis Ruangan Mengurus Kewangan Mingguan Wanita
Penulis Buku PTS Siri Pengurusan Kekayaan:
1) Kerjaya Perancangan Kewangan Peribadi
2) Rahsia Melabur Dalam Unit Amanah
3) Rahsia Mengurus Insurans Hayat
Terima kasih. Satu laman web yang benar2 membantu orang yang baru nak mengenali mengenai Unit Trust.
Saya ada juga pinjam buku dari Library, tapi mcm saudara cakap, English..susah nak faham consept.
Lepas tuh pula, buku nih dah outdated.
Sekali lagi tahniah dan terima kasih
Saya sedang berkira-kira utk melabur dlm unit trust yg menggunakan EPF. mandangkan investment ni utk jangka masa panjang, iaitu 30 thn lg, jd penting SANGAT-SANGAT utk sy pilih yang terbaik. sama ada public mutual atau cimb wealth advisor. (maaf, unit trust lain mungkin sy tak pernah dgr, cuma baca dlm internet).
sy mungkin kurang pendedahan tentang pro cons kerana bagi sy, susah utk dptkan maklumat yg berkaitan scr adil kerana org public akan tunjuk statistik yg mereka terbaik manakala cimb pula akan tunjuk bukti yg mereka lbh baik. jadi, saya harap sesiapa blh tolong sy dgn memberikan maklumat yg telus lagi adil.
penting juga diingatkan di sini, ranking yg terbaik tidak semestinya akan memberikan pulangan yg lebih bsr kpd pelabur nya. yg penting bg sy, pulangan yg lbh bsr utk jangka masa panjang da nyg plg penting, mestilah islamic investment.