Assalamualaikum! & Hai!
Nampaknya dah lama saya tak update blog ini… sibuk sikit. Memandangkan suasana ekonomi dunia termasuklah negara kita yang agak tak memberangsangkan, ada juga kawan2 yang bertanya pendapat saya tentang industri unit trust. Apa kesannya pada pelaburan unit trust mereka? dan Apa yang perlu mereka lakukan?
Mmmm… saya bukanlah pakar ekonomi… namun dari pembacaan, saya merumuskan seperti berikut,
Memandangkan nilai unit trust adalah selari dengan pasaran saham semasa, ketidaktentuan ekonomi global semasa turut mempengaruhi nilai unit trust. Secara mudahnya, unit trust sekarang turut mengalami kejatuhan harga. Namun begitu usaha2 pemulihan mula menunjukkan kesan nya. Antaranya usaha kerajaan Amerika untuk menyelamatkan institusi2 kewangan meraka turut memberi kesan positif kepada bursa2 saham global.Dari segi tindakan yang perlu pelabur2 saham unit trust ambil pula, pendapat saya selagi kita tidak menjual balik saham unit trust kita, kita tak akan rugi… so, kenalah hold dulu. Dan pada yang ada banyak duit sekarang ni, ini lah masa yang best untuk membeli/menambah saham unit trust dengan harga yang murah.
INI HANYALAH PENDAPAT SAYA. SILA BUAT KAJIAN DAN PENILAIAN ANDA SEBELUM MELABUR. UNTUK MENDAPAT PANDANGAN PROFESIONAL, SILA RUJUK KE PAKAR-PAKAR EKONOMI/KEWANGAN YANG BERTAULIAH.
Berikut pula saya petik dari Utusan Malaysia, pandangan Menteri Kewangan Malaysia mengenai suasana semasa ekonomi negara kita.
Ekonomi negara mampu harungi krisis kewangan dunia
PUTRAJAYA 22 Sept. – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, ekonomi Malaysia mampu bertahan mengharungi ketidaktentuan akibat krisis kewangan dunia kerana ia disokong oleh asas-asas ekonomi yang kukuh.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, kekukuhan ekonomi Malaysia turut dilindungi sistem pengawasan yang baik dan tidak terlalu terdedah kepada pasaran kewangan global terutama berkaitan aktiviti niaga hadapan atau derivatif.
”Dengan pasaran kita yang lebih kukuh dan anjal, maka walaupun ada kesan pasaran kewangan global, impaknya tidak begitu berat kerana kita disokong dengan asas atau perkara yang saya sebut tadi.
”Sebenarnya ekonomi kita mempunyai banyak cerita baik untuk diberitahu tetapi ia telah dibayangi oleh isu-isu politik yang diberikan liputan meluas oleh media,” katanya pada sidang akhbar selepas mendengar taklimat sulung berhubung keadaan ekonomi semasa di Kementerian Kewangan di sini hari ini.
Pada majlis itu, Najib turut menerima taklimat daripada institusi pelaburan utama negara termasuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Khazanah Nasional Berhad dan Permodalan Nasional Berhad (PNB).
Hadir sama ialah Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop; kedua-dua timbalannya, Datuk Husni Ahmad Hanadzlah dan Datuk Kong Cho Ha serta Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah.
Najib berkata, kerajaan akan memberi tumpuan kepada usaha memastikan keadaan ekonomi global tidak menjejaskan negara.
Sehubungan itu, tegasnya, usaha-usaha akan dilakukan untuk meningkatkan pengawasan semua badan yang bertanggungjawab terhadap ekonomi negara termasuk Kementerian Kewangan, Bank Negara dan Suruhanjaya Sekuriti.
Katanya, langkah itu penting untuk menentukan sasaran ekonomi negara seperti pencapaian Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang diunjurkan boleh mencapai kadar 5.75 peratus pada tahun ini tidak terjejas.
”Kita juga akan mengawal inflasi yang sudah ada tanda-tanda menurun.
”Selain itu kita akan berusaha memastikan bajet dilaksanakan sepenuhnya kerana bajet tersebut adalah bajet prihatin untuk rakyat,” katanya.
Ketika ditemui pemberita selepas sesi taklimat tersebut, Najib mengakui kerajaan sedang berhadapan dengan cabaran getir dalam menguruskan ekonomi negara.
”Saya akan cuba memberikan yang terbaik. Selain itu saya juga mengharapkan bantuan daripada anda (media) untuk menghebahkan mesej yang betul. Jika tidak ia akan memberi kesan kepada ekonomi,” katanya.
Najib menambah, beliau tidak akan tergopoh-gapah dalam melaksanakan satu kaedah atau dasar berkaitan sistem ekonomi negara.
”Tidak perlu terburu-buru. Saya akan membuat pengumuman dari semasa ke semasa. Kita selesaikan satu persatu. Saya tidak mahu membuat terlalu banyak janji dan akhirnya tidak menunaikan janji itu,” katanya.
Menurut beliau, matlamat utama kerajaan kini adalah untuk memastikan ekonomi negara berada pada landasan yang betul, mempunyai arah jelas serta meneruskan dasar yang telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi khususnya berhubung janji-janji kepada rakyat.
”Saya juga akan berusaha memastikan ekonomi tidak menerima kesan daripada keadaan pasaran kewangan global. Maksudnya ia boleh berkembang, kadar inflasi rendah dan rakyat mempunyai kuasa berbelanja lebih.
”Itu keutamaan saya selain memastikan ekonomi dan institusi dikukuhkan, pentadbiran cekap dan wujud sistem pengawasan yang berkesan,” katanya.
Mengenai kadar faedah, beliau berkata, sebarang perubahan akan diumumkan oleh Gabenor Bank Negara.
”Apa yang pasti kita tidak mengubah kadar faedah masa ini. Kadar faedah kekal pada kadar sedia ada. Jangan buat spekulasi,” kata beliau.
Najib juga dijadualkan menemui pengurus-pengurus dana bagi menjelaskan mengenai kedudukan ekonomi negara.
”Mereka mahu bertemu dengan saya dan saya juga perlu bercakap dengan mereka. Kita mempunyai asas ekonomi yang sangat kukuh, selain pentadbiran yang cekap. Oleh itu ada banyak yang hendak diceritakan,” katanya.
That’s right, the economic cause my unit fund pricing fall down. I’m still waiting it raise back someday. It’s okay, i go back my sleeping.